Highway Duke

Korang dah try Highway Duke? DUKE ni kalau tak silap stands for Damansara Duta (thanks, Umi for the correction)-Ulu Kelang Expressway. Ia menghubungkan area Ampang, Ulu Klang, Wangsa Maju, Setiawangsa, Gombak, Batu Caves hingga ke Damansara.

Tadi on the way nak balik umah dari Pekeliling, try naik jalan ni. Sementara masih free. Bermula 8 Feb 2009 dikenakan tol. Tak silap RM2.

Lepas ni tak le susah nak travel dari Setiawangsa ke Gombak atau ke Damansara nanti. Tadi naik dari Gombak (di Jalan Pahang) dan turun di exit ke Wangsa Maju, smooth je. Kalau dulu dari Jalan Tun Razak nak ke Ulu Klang amik AKLEH kene tempuh jem di MRR2. Kalau naik ni, terus lepas ke Jalan Jelatek naik ke Carrefour Wangsa Maju.

Cuma dari bulatan Jalan Pahang nak ke entrance DUKE di Gombak ni maybe jem sket dekat depan skolah Chong Hwa tu, kalau time skolah lah.

Semalam ajak member makan di BBQ Chicken di Jusco AU2. Rasa dah addicted plak dengan makanan disini. Ayam gorengnya sedap, tak berminyak dan digoreng dengan minyak zaitun. Yang best tu ialah portion mash potato banyak dan coleslaw nye sedap. Rasanya lepas ni takyah gi KFC lah. Sini pun sedap. Lebih sihat sebab goreng pakai minyak zaitun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *