Advertlets Paintball Game

Sabtu lepas Sherrina berpeluang mencuba permainan Paintball di Astaka PJ.Anjuran Advertlets, My-NPL dan MAPAAC. Yuran cuma RM10 aje. Murahlah untuk orang macam Sherrina yang baru nak try main paintball.

Pagi-pagi lagi menuju ke PJ. Again, thanks to GPS kalau tak nangis lah….haram tatau PJ area ni. Sampai di parking Astaka, tengok ramai dah berkumpul. Lokasinya senang dicari, parking pun banyak disediakan betul-betul depan entrance Astaka. Kebetulan pula sebelah padang paintball ni sedang berlangsung Karnival Ragbi Ansara.

Sherrina datang sorang je. Takde geng. Lepas register, lepak tengok keadaan sekitar. Ada tiga lokasi tempat bermain. Dalamnya ada bunker dan sekeliling tempat bermain dipagari dengan jaring untuk mengelakkan palette daripada kena pada penonton di luar.

Mask. Wajib pakai apabila melangkah masuk ke kawasan permainan dan hanya boleh dibuka bila keluar daripada kawasan permainan.

Namanya Marker. Bukan gun. Boleh tahan gak beratnya.

Mr Ananda YP Wong sedang memberikan taklimat kepada blogger berkenaan peralatan, permainan dan keselamatan. Best dengar taklimat beliau, kelakar habis.

Josh Lim, bos Advertlets tengah interview player yang ada. Seram tengok team budak-budak ni, siap jersey bagai.


Pemain dibenarkan masuk untuk melihat kawasan dulu sebelum game bermula. Yang warna biru tu dipanggil bunker. Kira kubu tempat nyorok lah.


Merancang strategi sebelum bermula


Sherrina dimasukkan kedalam kumpulan Big Bang. Semuanya first timer. Kaydan, Ryan, Joshua dan Patrick (guys, sorry if I mispell your name)


Inilah rupa palette yang digunakan.


Ianya dibuat daripada minyak sayuran. So baju senang dibasuh. Nampak kecil tapi kalau kene kaki, pedih juga. Macam kene cubit.


Apabila nama pasukan dipanggil, pemain kene amik mask dan marker.

Dek kerana marker yang agak berat, Sherrina terdorong ke depan masa nak lari ke bunker berikutnya lalu tertiarap diatas tanah. Terpaksa merangkak ke bunker untuk berlindung. Kelakar lah, macam main perang-perang.


Lepas main 2 round, dah dapat feel. Takde lah rasa penat sangat.


Kaki Joshua yang terkena tembakan.

Round pertama Sherrina kene tembak di tangan. Round kedua tak kene tembak, sebab masa tamat. Dok main nyorok-nyorok dengan team lawan. Kelakar giler. Masing-masing takut nak ke depan. Round ketiga kene di kaki dan round keempat kene di baju.

Permainan tamat jam 12 tengahari. Team Sherrina lah sebab tak masuk final round. Lepas game, jumpa team rugby Ansara Terendak jap then balik umah. Penatnya tak terkira tapi seronok giler. Kalau korang tak penah try paintball, cubalah. Best giler.

Ingat nak organize game untuk Terendakian. Amacam, ada berani?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *