Bercuti di Port Dickson-part 6

Perghh…lepas pusing2 dalam muzium, mencabar jugak nak panjat tangga ni


Pemandangan dari atas Kota Lukut


Antara perigi lama yang masih ada disini


Rasanya ni jalan naik ke Kota Lukut di suatu waktu dahulu


Menjenguk ke dalam salah satu perigi/kolam air


Setelah selesai melawat semua kawasan, kami pun mula beredar meninggalkan Negeri Sembilan yang indah ini. Singgah makan mee goreng di satu kedai tidak jauh dari kawasan ini sebelum meneruskan perjalanan ke Bagan Lalang. Menurut kata GPS, jarak Bagan Lalang dengan Lukut dah tak jauh. Dalam 15km gitu. Tidak melalui highway. Syok gak. Set GPS ke Bagan Lalang dan Go.

Perjalanan yang damai, cuaca yang nyaman dan kereta tak banyak. Melalui kawasan estet dan kampung-kampung, kami tiba di Bagan Lalang jam 4.30 petang.

Last skali gi Bagan Lalang ni rasanya 2-3 tahun yang lalu kot. Dalam masa ini, banyak gak perubahan. Misalnya, ada satu projek hotel tengah rancak dibina. Namanya Sepang Gold Coast.

Bila dah siap nanti, tentu menjadi tempat percutian yang menarik. Sebab chaletnya dibina diatas air.

Jam 6 petang kami bergerak ke Restoran HM Sri Bagan. Ianya sebuah restoran seafood yang popular disini. Ingatkan tak ramai orang, maklumlah esoknya dah hari kerja. Tapi pukul 6.30 petang pun dah hampir full house.

Ini antara makanan yang kami order. Mujur juga sampai awal, tidaklah begitu lama sangat menunggu untuk makan. Tapi melihatkan begitu ramai pekerja di kedai ini (termasuk yang di dapur), servisnya agak cepat juga.


Sayur cendawan


Ikan siakap tiga rasa


Sotong bakar


Ini yang ditunggu-tunggu. Ketam masak cili. Amik sekor je, cukup untuk dua orang makan.

Lepas maghrib, kami pun bertolak pulang ke KL. Perjalanan kali ni berjalan dengan lancar, puas hati lah. Next trip insya’ Allah…nak meneroka negeri Melaka pulak. Bulan April nanti. Kumpul duit dululah. Hotel dah booking (pakai kupon jugak).

Sekalung penghargaan kepada forumner Lowyat.net (Fruitie) yang sudi membantu beri petunjuk ke arah gerai nasi lemak Wak Rahman.

2 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *