Bercuti di Port Dickson-part 5

Sherrina checked-out daripada Duta Hacienda pada jam 12.15pm. Lepas serah kunci dan ambil deposit, drive ke Blue Lagoon. Plan asal nak lawat Hutan Simpan Tanjung Tuan (Cape Rachardo) tapi bila sampai di kawasan parking berhampiran Ilham Resort, pagar masuk ke hutan simpan itu tutup pula. Nak lepak di tepi pantai Blue Lagoon pun takleh sebab jalan ke tepi pantai ditutup untuk kerja-kerja naik taraf. Kiri dan kanan jalan pula penuh sesak dengan kenderaan ibu bapa yang datang melawat anak di kem PLKN disitu. Maka kami bergerak meninggalkan kawasan itu menuju ke Kota Lukut.

Perjalanan ke Kota Lukut amat mudah kerana banyak papan tanda. Sapa yang ada GPS, lagilah mudah kerana dalam GPS dah tertera Muzium Lukut sebagai tempat menarik di kawasan ini. Ketika sampai di pintu masuk, was-was juga sebab signboard tak tulis waktu operasi bagi hari Ahad. Jenguk di parking lot pun memang takde kereta. Kelihatan cuma petugas-petugas yang membersihkan kawasan muzium aje. Tapi alang-alang sampai, terjah ajelah. Selamba je drive ke kawasan petak parking kakitangan. Ingat nak amik gambar bangunan ajelah kalau betul muzium tutup. Kami disapa oleh guard muzium dan memaklumkan yang muzium dibuka untuk lawatan. Apalagi, terus matikan enjin kereta dan tulis nama di buku daftar. Sembang dengan guard muzium yang sangat baik hati, siap tunjuk mana dulu nak lawat.

Kota Lukut yang asalnya dibawah jajahan Selangor terkenal dengan perlombongan bijih timah. Di muzium ni banyak maklumat berkenaan sejarah Kota Lukut serta alatan yang digunakan dalam perlombongan bijih timah.

Inilah rupanya bijih timah. First time dapat pegang (sebenarnya takleh sentuh) emas hitam ni. Halus sungguh, camne gamaknya orang dulu-dulu mendulang bijih timah ni.

Selain tu ada juga senjata yang digunakan di Kota Lukut ini.


Walaupun ia senjata tetapi seni ukiran tetap ada dilakar padanya. Hebat sungguh!

Banyak juga info sejarah berkaitan dengan tokoh-tokoh yang berkaitan dengan sejarah Kota Lukut. Antaranya ialah Yap Ah Loy, siapa tak kenal kan. Kalau tak kenal, sure korang tido masa cikgu ajar Sejarah di sekolah dulu :p

Terpana membaca surat ini. Bahasanya…fuhhh. Hebat!

Ini kalau tak silap ialah sistem menghasilkan ubat melalui akar kayu. Sayang sekali resepi ubatnya telah hilang ditelan zaman, yang tinggal cumalah alatannya sahaja.


Pelbagai jenis gendang dan rebana juga dipamerkan disini


Design rumah kayu yang dijadikan muzium ini bukan sahaja indah pada rekabentuk luarannya, malah design tingkap ni pun Sherrina cukup suka.


Bila cahaya matahari menerobosi tingkap ini, penghasilan cahayanya cukup menarik.


Matawang di zaman dahulu. Berbentuk kura-kura, buaya dan lain-lain


“Berapa harga seketul belacan ni, makcik?”
“Oh tak mahal, cuma 2 duit kura-kura aje”

“Berapa harga segantang beras ini?”
“Cuma 4 duit buaya aje”
Bocor poket bawak duit buaya banyak-banyak…hihihi


Selesai meronda di dalam Muzium Lukut, masa untuk mendaki ke Kota Lukut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *