Bercuti di Port Dickson-part 2

Lepas sesi menghayati pemandangan di kolam renang, balik bilik dan mandi. Lepas maghrib, siap-siap nak keluar makan malam. Baru keluar dari resort, hujan. Jalan punya jalan, ternampak satu restoran. Sebab hujan lebat, cari restoran yang elok sket lah. Kang kuyup plak.


Tanya GPS lah nak makan kat mana…..list kedai makan pun ada.

Makan di Restoran Kemang Indah. Kami order nasi putih, tomyam, telur dadar, daging masak merah dan kerang bakar. Nyumm..nyumm. Rasa, not bad lah. 3 bintang. Harga, market price. Tak murah sangat dan tak mahal sangat. Tapi kat sini minumannya sedap.

Lepas makan, hujan pun dah reda. Jalan-jalan ke pekan PD. Saja nak tengok night life disini. Disebabkan ni bukan musim cuti sekolah, lengang aje. Check di GPS, di sini ada shopping mall. So gi sana lah. Namanya Ocenic Mall. Masa sampai dah nak tutup. Sempat masuk The Store rembat jajan. Pastu jalan-jalan tengok kedai yang ada. Then balik resort, tengok tv sampai tengah malam dan tido. Actually tak tido, sebab dah nak subuh baru leh tido.

Esok paginya bangun awal. Sebab nak pegi Ostrich Farm. Sudah brape kali datang PD, tak penah singgah sini. Kali ni mesti pegi lah. Nak tengok burung unta. Tapi sebelum tu mau pegi makan nasi lemak dulu lah. Sebelum datang PD, ada baca review pasal nasi lemak best di Port Dickson ni. Nasi lemak Wak Rahman. Menggunakan petunjuk yang diberi oleh rakan-rakan di internet, jumpa jugak. Nasi lemaknya sedap juga, banyak plak tu. Cuma kureng sket sebab takde ikan bilis goreng. Macam tak kena plak.

Lepas makan, perut dah kenyang. Paras tenaga dah meningkat. Masa untuk ronda-ronda. Tekan-tekan di GPS, ada Ostrich Farm. Set aje di GPS dan Go. Tak berapa jauh dari resort. Masa sampai tu, tak banyak kereta. Menunjukkan tak ramai pengunjung. Park kete dan beli tiket. Harganya RM8 untuk orang dewasa. Tapi tunjuk kad Jusco, dapat diskaun seringgit. Kemudian, beli satu bekas jagung kering. Untuk diberi kepada burung unta.

Burung unta ni manja dan comel. Cuma kesian sebab ada yang bulu badannya dah togel. Cuaca Malaysia ni panas gamaknya. Tapi seram gak nak amik gambar dekat-dekat. Takut dipatuknya kepala. Ostrich ni lehernya panjang, meliuk-liuk macam ular.

“Otak burung unta lebih kecil daripada matanya”


Telinga burung unta juga comel


Telur burung unta. Bukan telur yang sebenar tapi tipu punya. Untuk menggalakkan burung unta supaya bertelur disitu, maka diletakkan telur burung unta tiruan.

Selain daripada burung unta, ada juga haiwan-haiwan lain seperti…


Ayam hutan dengan rambut kuningnya yg sangat hensem


Arnab


Ayam belanda…hmmm…nampak sodap.

Ayam apa ntah…datang beramai-ramai mcm rombongan Cik Kiah


Eh..eh…anak kambing pun ada. Mengembek tak henti-henti.


Kesian anak kambing ni. Ibunya dah mati. Terpaksa le minum susu lembu.

Kene minum dua botol, baru dia berhenti mengembek.


Bila dah kenyang, hati pun senang.


Kalau datang sini, jangan lupa cuba satay burung unta. RM10 untuk 6 cucuk satay


Rasanya? Sedap….manis. Macam sate arnab. Dagingnya pun lembut.


Sebelum pulang, boleh beli cenderamata sebagai kenangan. Antaranya, kulit telur burung unta ini. Keras wooo…macam seramik.


Sebelum keluar, singgah di kandang kambing jap. Melihat gelagat para kambing.


Kambing yang ni pandang semacam aje….macam ada plan aje.


Patutlah senyum kambing, rupanya plan nak lompat pagar


Nak panjat pokoklah pulak


Pandai posing. Lagi kita amik gambo dia, lagi dia posing maut…..

Overall, lawatan ke Ostrich Farm ni memang berbaloi dan best 🙂

5 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *