Bercuti di Port Dickson-part 1

Setelah sekian lama Sherrina beli kupon penginapan di Port Dickson daripada seorang teman, baru kali ni berjaya mencari waktu nak menggunakannya. Sherrina bertolak dari KL jam 11 pagi pada hari Jumaat (9 Januari 2009). First stop, Nilai 3.

Sebab member tak penah jejak ke sana dan kebetulan memang nak kene beli barang iaitu tilam (yg kaler biru, merah, hijau tu…gulung beso) yg mana di KL reganya RM80 tapi di Nilai, jumpa satu kedai kecik orang Pakistan yg kasi RM45. Then beli kain ela lah untuk stock baju kurung tahun ni. 2 pasang baju kurung dah hancus sebab guna non-stop masa training. Kene tambah le stock baju. Beli 3 pasang.

Kat sini memang port orang-orang yang nak kawin lah. Sebab banyak giler kedai yg jual mende-mende yang diperlukan untuk majlis perkahwinan. You name it, sure ada punya disini. Cuma sediakan duit aje. Best gak datang hari Jumaat sebab tak ramai orang, parking pun senang. Cuma kat sini nak cari tempat makan, susah sket. Tak banyak kedai makan dibuka hari biasa. Maybe weekend semua kedai makan bukak.

Ekspedisi kali ini lebih menarik dan lebih berani dengan adanya GPS ini. Tu GPS kene teduhkan dengan tisu. Kesian GPS ku panas kene pancaran matahari. Lepas selesai di Nilai, kami teruskan perjalanan ke Port Dickson. Dengan menggunakan setting shortest distance pada GPS, kami dibawa melalui jalan kampung iaitu melalui daerah Labu sebelum keluar semula ke highway Utara-Selatan dan exit ke tol PD.

Mula-mula macam cuak gak sebab yelah, laluan kiri-kanan ladang kelapa sawit dan kawasan kampung. Kenderaan pun tak banyak. Tapi confident lah dengan laluan yang diberikan oleh GPS. Seronok gak sebab asik-asik lalu highway je, sesekali lalu jalan kampung best woo. Jalan tak sesak, free lak tu. Jalan lawa, takde lubang-lubang. Ada kat area mana ntah, lalu kat kampung dimana ada restoran kecik siap ada seekor unta lagi kat dalam kawasan restoran tu. Fuyoo!


Inilah rupanya Duta Hacienda. Terletak dalam Palm Spring Resort. Kalau duduk sini, kene ada kenderaan. Dari reception area nak ke sini punyalah jauh.


Blok ni penuh sebab staff Imigresen yg berkursus pun dok sini. Akademi Imigresen tengah renovate.


Beberapa blok yang perlu dibaiki. Hancus. Malam-malam sunyi dan spooky.


Bilik standard. Satu katil besar bersaiz queen. Biliknya luas, kalau datang satu family pun boleh. Bawak je toto. Ada aircond dan kipas. Rate RM115 per nite.


Dalam ketidaksempurnaan resort ni, nasib baik katilnya best. Empuk, bersih dan melenakan tapi….malam pertama tido disini, Sherrina tak lena. Dengar bunyi-bunyi. Malam kedua, kawan Sherrina lak takleh lena. As I said, tempat ni ‘lain macam sket’ yang mana Sherrina tak pernah alami sepanjang pengalaman dok di merata-rata hotel dan resort di seluruh Malaysia.


Pemandangan dari tingkap. Hampeh sungguh Duta Hacienda ni. Sabun May kecik dua ketul je. Shampoo pun takde, shower cap pun takde. Cawan plastik retak ada 2 biji ngan cerek elektrik. Sudu tadak, kopi peket pun tadak. Nasib baik ada bawak bekal sendiri. Koman tul lah. TV jangan haraplah ada Astro. TV1, TV2, TV3 dan NTV7 pun tak terang. Terpaksa panggil technician suh betulkan.

Hati dah terbakar lah sebab banyak mende tak best. Tapi terpikirkan swimming pool yang beso disini, gembirakan jugalah. Bersiap-siap turun ke pool jam 5 petang. Siap call receptionist tanya pool buka sampai kol brape. Tapi hampehnya towel kene bawak sendiri. Life guard, jangan harap le ada. Lagi hampeh, dalam bilik takde phone. Kene pakai handphone untuk call receptionist. Motel Chow Kit pun ada telefon dalam bilik. Kambing tol lah Tanco Resort ni.


Nak gi pool kene drive kete. Park dekat tennis court. Sampai di pool, takde orang pun. Hati dah berbunga-bunga. Bila dekat, aiseh….nape air hijau.


Kelam….suram. Dasar pun tak nampak. Huwaaaa…..

Duta Hacienda/Palm Spring ni cuba nak buat konsep pantai tapi air kaler macam ni, seram nak celup kaki. Takut air kotor, habis gatal-gatal.


Pool kanak-kanak….pun agak kotor tapi at least nampak le kejernihan airnya

Ingat nak gi layan jacuzzi….hampeh aaa. Jacuzzi tak bergerak.


Kawasan caravan….macam pekan tinggal.


Last-last, celup kaki je dalam pool budak. Supaya tak kempunan, kang malam mengigau lak….nak berenang…nak berenang….huhu

Kesimpulannya, permulaan percutian di Port Dickson dah spoil kerana resort ini. Nasib baiklah tujuan utama datang sini bukan sebab nak enjoy duduk di resort. Sebab nak meneroka dan explore Port Dickson ini. Next entry, lebih menarik.

Oleh itu, elakkanlah daripada menginap di Palm Spring atau Duta Hacienda ini. Bukan sahaja tidak menyediakan keperluan bilik yang secukupnya malah housekeeping pun takde (surpise…surprise!). Apatah lagi morning newspaper. Kirim salahlah. Elok lagi duduk di Tiara Beach Resort yang terletak mengadap pintu masuk resort ini. Khabarnya lagi bagus.

1 Comment


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *