Hari Pertama Sekolah

Hari ini hari pertama sesi persekolahan 2009. Sherrina sangat suka hari pertama persekolahan. Cuaca pada hari pertama persekolahan juga biasanya cukup cantik. Macam hari ini. Panas tapi tak bahang, malah berangin. Teringat masa dulu-dulu, hari pertama sekolah.

Antara hari pertama sekolah yang takleh lupa ialah masa darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat. Silap…bukan hari pertama tapi hari ketiga sebenarnya. Sherrina dah miss 2 hari pertama sebab demam. Kelakar kan, skolah baru bukak dah demam. Masa tu di tahun 1992, Sherrina baru seminggu-dua pulang dari Australia. Sherrina dan keluarga berada di Australia selama 6 bulan masa Sherrina darjah 5 sebab ayah Sherrina berkursus di kolej tentera di Canberra. Sherrina sempat bersekolah disana selama beberapa bulan di Introductory English Centre di Hughes.

Masa balik ke Malaysia, tinggal seminggu dua sebelum buka sekolah. Tak sempat nak beli baju baru atau buku. Balik sini demam plak tu sebab perubahan cuaca. Masa nak balik tu musim winter.

So hari pertama bagi Sherrina di darjah 6, gi skolah sorang naik basikal. Sampai lambat sebab hujan pagi tu. Baju basah. Tatau nak masuk kelas mana. Pegi ke pejabat, dapat tau masuk kelas 6 Cempaka. Turun darjah lah. Sebab tak amik exam masa akhir tahun darjah 5. Masa mula masuk kelas, masa tu dah pukul 8.30 pagi. Kelas dah mula. Ingat lagi time tu guru kelas sedang bercakap di depan. Cikgu Isa. Selamba je masuk kelas, ketuk pintu dan terus ke belakang. Bila cikgu tanya baru bagitau yang Sherrina tak hadir 2 hari sebelumnya. Kengkawan dalam kelas pandang pelik. Yelah, sebab dah 6 bulan tak jumpa. Dorang ingat Sherrina dah pindah sekolah lain.

Tu lah antara kenangan hari pertama sekolah rendah. Selain tu, minggu pertama di Convent Bukit Nanas pun ada kenangan pahit gak. Tertinggal bas sekolah. Sampai dah nak gelap, sekolah pun dah sunyi. Nasib baik terserempak dengan classmate, Siti Baizura (Abby). Dia naik bas balik Kg Baru. Ikut dia naik bas mini no 20. First time naik bas sendiri, cuak gak. Dia turun dulu, Sherrina turun di Zoo Negara. Ayah Sherrina marah habis kat driver bas tu, yang kebetulan bapa classmate Sherrina gak. Well, mende nak jadi. Dapatlah satu kenangan menarik.

Hari ni hari pertama persekolahan, ingatkan ramai ibu bapa tak keje. Ingat leh senang lah dapat parking di ofis, sekali penuh plak. Zaman skarang budak-budak register sendiri kot, mak ayah takyah gi lagi dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *