Unisel dan Pesta Gudang DBP

Hari ni Sherrina ke Unisel di Bestari Jaya (previously knows as Batang Berjuntai) sebab adik nak register masuk semester baru. Sebelum ni tak penah ikut / kene hantar dia gi register. Sebabkan ayah Sherrina terlupa nak renew lesen memandu, kene gak gi.


Testing GPS. Jalan kecik2 di celah kampung pun ada dlm map. Dasat.


Tempat pendaftaran. Ingatkan Jom Heboh. Dulu time Sherrina register takde pun mcm ni.


Tang ni yg dasat. Lori Pizza Hut pun ada.


Punya panjang orang beratur kat lori KFC


Dok bawah khemah sementara tunggu adik ngan kawan dia register.


On the way balik, amik jalan lain. Jalan ni teruk banyak tapi takde le kene jalan atas sungai mcm jalan alternatif tu. Jem sebab laluan titi tu cuma benarkan satu hala pada satu masa.


Punya teruk jalan ni, tgh repair. Silap….dah mcm ni semenjak sebulan lepas. Tapi x berubah. Projek tergendala kot.


Driver lori ni terer gile. Lori dia panjang, angkut tembok konkrit tu. Tapi cara dia swing lori tu keluar dari simpang, fuyoo..dasat. Tak sempat nak capture masa lori tu pusing.


Ingat nak balik umah terus tapi teringat yg belum lagi pegi Jualan Gudang DBP di Dawama, Ulu Klang. Tak penah miss.


Tahun ni mcm kureng sket bilangan buku. Diskaun oklah, tapi tak sehebat tahun2 lalu.


Novel dan cerpen pun kebanyakkan yg Sherrina dah beli masa jualan yang lepas-lepas.


Buku Faisal Tehrani pun ada.


Tengah jalan-jalan ternampak buku ni. Tak penah tau yg Faisal Tehrani tulis buku bertajuk Perempuan Anggerik. Terus beli.


Buku cetakan 1999 ke bawah diberi diskaun 70%.

Kalau yang minat buku-buku cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah berkunjung. Ianya dibuka setiap hari sehingga 11 Januari 2009, 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Sherrina borong majalah Dewas Kosmik. Dulu suka sangat baca majalah ni, ingatkan tak cetak lagi dah. Rupanya makin hebat. Banyak info-info sains dan teknologi yang dikupas dalam Majalah Kosmik.

Total damage kali ini: RM59. 2 plastik buku dan majalah. Dapat beli buku-buku Arenawati dan penulis-penulis lama yang hebat. Puas hati tapi harap akan datang lagi banyak buku dipamerkan. Atau mungkin buku2 lama dah habis dijual? Semenjak buku teks dibekalkan percuma kepada pelajar, dah takde lagi berduyun ibu bapa datang membeli buku teks. Ruangan buku teks pun lengang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *