Takleh Nak Tido Lah Pulakkk…

Baru-baru ni mencuba hotdog 1901, ketagihan pulak. Sedapnya hotdog ni. Bukan itu sahaja, jus oren dan mash potato yang disertakan didalam set hidangan pun sedap juga. Tapi agak benci juga sebab 1901 outlet yang terdekat adalah di Great Eastern Mall. Huhu…

Lepas makan di 1901 petang semalam, singgah di Fitness Lifestyle di tingkat 3 untuk membeli ‘azam tahun 2009’ saya. Let’s see if this time it will work.

On the way back, singgah di kedai runcit. Terasa haus. Nampak air kotak ni, terus beli.

Dulu masa di MRSM Terendak, Sherrina penah ketagihan air kotak sirap bandung ini. Ya, memang lucu kan. Ketagihan sirap bandung. What the heck tapi serius mmg sedap. Bayangkan lepas prep petang kol 4.30 tu, matahari masih suam-suam menuju petang, belajar plak dalam keadaan separuh mengantuk. Dapat sekotak air sirap bandung….fuhhhh, nikmat. Slalu standby duit syiling nak beli air kotak ni di mesin air kotak.

Yang bagus tu air kotak ni jarang sold out sebab ia tak menjadi favourite sangat di kalangan pelajar. So Sherrina tidak keputusan bekalan. The best part, mesin yang sama masih berdiri teguh sehingga hari ini di lokasi yang sama dekat stor pusat. Banyak jasa mesin air kotak tuu.

Hari ni cuti Krismas. Bosannya. Tatau nak buat apa. Nak kuar ke town jangan harap lah. Sure sesak punya. Ni takleh tido lak sebab tadi telan semangkuk koko krunch dengan fresh milk sambil layan Phantom Of The Opera di TV1. Huhuhu…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *