Selamat Tinggal Kepada Kesesatan

Akhirnya, pencarian dan pengkajian mengenai hal ehwal GPS selama 2 bulan membuahkan hasil. Setelah hampir nyaris-nyaris membeli GPS buatan China di pameran handphone di PWTC yang lalu (nasib baik tak beli, kalau tak senasib le ngan cousin punya kawan), setelah berhubung dengan belasan penjual GPS di internet dan kedai dan kini di PC Fair, akhirnya GPS 205W menjadi milik Sherrina.

Ahad lepas setelah 2 hari sebelumnya bertekad taknak gi PC Fair sebab baca review di forum2 mengatakan PC Fair kali ni hampeh, akhirnya pegi jua sebab my fren ajak. Nak cari spec PC utk pejabat. Sherrina yg pada asalnya berhajat nak cari dvd-r dan catridge sahaja, akhirnya menjumpai harga GPS yang baik. Model 205W yg dijual dengan harga RM985, kemudian Sherrina dengan muka serius memberitahu budak penjual yg dah berbuih2 menceritakan mengenai penggunaan GPS yang Sherrina dah hafal sangat2 dah tu untuk membelinya dengan RM950. Lepas sok-sek sok-sek dengan bosnya, akhirnya setuju. 30 minit selepasnya (menunggu mereka install Malsingmap), akhirnya selesai.

Naik LRT ke Wangsa Maju dan masuk kereta. Terus test GPS itu. Pick-up kawan di Pekeliling, membuat percubaan berani mencari jalan ke kedai member di Old Klang Road yang selama ini Sherrina cuma tau jalannya dari arah MRR2 sahaja. Walaupun cuak gak sebab map membawa melalui jalan yang ntah mana-mana, tapi akhirnya sampai ke destinasi dengan jayanya. Kalau terlepas simpang ke, terlajak ke…..map akan recalculating dan reroute. Selamat tinggal kepada kesesatan….dijalanraya!

p/s: Takde lah alasan tatau jalan lagi lepas ni, kalau kene pegi/dijemput pegi mana-mana…huhu

Ni utk abg Mantoi yang nak tgk rupa peta dlm GPS ni bila tukar icon kereta kepada kete kebal.

Selain daripada icon kenderaan, ada juga icon-icon lain seperti ayam. Best gak pakai icon ayam, kelakar bila ayam tu bergerak kesana kemari. Besides that, suara arahan tu pun boleh tukar. Skrg Sherrina pakai suara Dr Nightmare, yg dikeluarkan oleh Garmin sempena Halloween 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *