Moving Into New Office

Dua-tiga hari ni agak busy. Semalam jumpa tuan punya opis untuk bayar deposit 2 bulan. Hari ini merayau sekitar Ulu Klang mencari harga terbaik untuk perabot office. At last, masuk opis gak. hahaha….selama ni masuk opis selamba je pakai baju tido (home office lah katakan, cuma 3 inci jaraknya dari katil) tapi lepas ni kene drive lah pulak. Mujur tak jauh sangat (Wangsa Link) tapi nak menempuh semula kegigihan mencari petak parking macam keje dulu, tang tu yg lomah. Kene prepare mental dan fizikal (dah buat plan A, B dan C jika parking depan opis tu penuh).


Hanya gambar hiasan….kalau dapat mcm ni, best woo..

Anyway, mencari perabot pun mencabar juga. Maklumlah, takleh nak budget besar2. Kang jawabnya sewa opis sebulan-dua ajelah. Kering poket. Yang bagus opis tu ialah banyak mende dah tersedia. Phone line, fax, wifi (corporate account….kewl!), air cond…..semua dah siap. So takyah fikir macam2 lah. Bawak meja, kerusi je masuk opis.

Dah dua minggu bercuti, rehat sakan. Sebelum sesi tuisyen bermula semula, begitu juga sesi training. Sok nak berkampung di GSC Mid Valley seharian. Harap2 ada tiket free.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *