Jadual Tayangan Filem KLIFF 2008

Hoorayy…akhirnya jadual tayangan diterbitkan juga di website KLIFF 2008. Sherrina memang menunggu-nunggu sebab ianya tayangan percuma bagi filem-filem yang dipertandingkan. Ya, untung sekali bekerja sendiri. Minggu ini saya declare cuti kepada diri saya sendiri. Yahoo! Boleh tengok wayang back to back secara percuma. Last year pun sempat gak ikuti aktiviti begini tapi cuma sehari aje. Kali ni harap dapat tengok seberapa banyak mungkin, lebih-lebih lagi filem dari luar negara.


Jika tahun lepas tayangan percuma diadakan di Cineleisure, tahun ini giliran GSC pula. GSC yang terpilih ialah GSC Mid Valley dan GSC Pavillion. Diatas ialah filem-filem yang telah Sherrina senarai-pendekkan setelah membaca sinopsis filem-filem tersebut.

Manakala ini pula senarai filem di Pavillion yang Sherrina ingin tonton. Cuma masalah di Pavillion ni ialah parking nye sangat mahal. Kene fikir alternatif sebab tayangan filem di hari Jumaat habis malam. Cuak gak nak naik Monorel ke Titiwangsa.

Hari Sabtu tu cuma sempat tengok 2 filem aje sebab malamnya dapat tiket ke majlis anugerah di PWTC. Kalau takde aral melintang pukang, dapat le gi. Cuma tema pakaiannya tu batik dan black tie. Mana nak cari baju batik, pakai kain batik….boleh kot!

Untuk sinopsis filem-filem yang dipertandingkan, klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *