Fashion Show

Sherrina telah dijemput menghadiri majlis yang dianjurkan oleh peserta Sidang F yang sedang berkursus di INTAN. Mereka merupakan kumpulan pertama yang Sherrina ajar yang merupakan salah satu modul dalam kursus DPA.

Sherrina tiba di INTAN Bukit Kiara jam 8 malam. Grand habis majlisnya, ingatkan kecil-kecilan. Sherrina dan kawan diiringi masuk ke dewan, diberikan tempat duduk di barisan VIP. Ada ternampak student kelas yang lalu melambaikan tangan. Jam 8.30 ketibaan VIP yang akan merasmikan majlis.


Pengarah Program menyampaikan ucapan

Majlis dimulakan dengan ketibaan ‘puteri kayangan’ siap diusung oleh 4 orang hulubalang. Bila tengok props yang mereka gunakan, hebat2 belaka. Konsepnya agak menarik. Konon-konon puteri ni turun dari kayangan untuk ke bumi bagi melihat budaya masyarakat Malaysia melalui fesyen pakaian tradisionalnya.

Persembahan tarian tradisional juga diselitkan selepas persembahan fesyen mengikut kaum. Best juga sebab ada tarian yang tak pernah dilihat.

Tarian naga pun ada. Team tarian naga ni mereka import dari luar. Segala perbelanjaan, semua kene chip-in. Lagipun persembahan ni dinilai mengikut kumpulan. So semua kene commit dan berkorbanlah.

Persembahan yang sangat baik. Dengan masa yang singkat, resources yang limited, mereka berjaya juga hasilkan persembahan yang hebat. Untung jugalah mereka semuanya bekerja di sektor kerajaan, adalah contact-contact untuk mendapatkan costume dan perkakasan. Kalau tak, jenuh juga. Apa pun memang enjoy lah. Sebelum balik, kami diiringi ke jamuan ringan. Sempat berbual dengan peserta kursus dari luar negara yang turut sama menyaksikan persembahan itu


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *