Lunch at Marche

Sabtu lepas Sherrina berpeluang mencuba makanan di sebuah restoran di Curve iaitu Marche. Selama ni cuma lalu-lalang je depan restoran ni, takde hati pun nak masuk. Tapi abg Johoe yg recommend suh cuba makan disini. Maka Sherrina pun datanglah dengan kawan.

Parking di Curve agak susah sebab sentiasa penuh. Jadi Sherrina slalu parking di Cineleisure dan jalan kaki sikit je ke kawasan Curve. Sherrina suka area ini sebab banyak kompleks dihubungan dengan jambatan dalam bangunan ataupun laluan pejalan kaki. Lagipun parking di Cineleisure adalah RM3 sekali masuk di hujung minggu. Tapi hairan sebab masih ramai yang lebih suka parking secara haram diluar.


Sebelum melangkah masuk ke restoran, Sherrina diberikan kad semacam passport. Ia untuk dibawa ke gerai-gerai yang ada untuk ambil order dan kemudian akan di cop. Sebelum balik, bawa kad ini ke kaunter untuk bayar. Unik juga.

Didalam restoran ni ada konsep gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. Macam diatas ni gerai menjual pelbagai jenis roti.


Gerai salad


Kedai minuman dan kopi


Gerai grill


Gerai buah-buahan untuk jus


Sherrina pilih lamb chop. RM39. Isinya tebal dan sedap. Paling best ialah mash potato tu, mengingatkan Sherrina kepada mash potato yang dibuat oleh sebuah restoran di Wangsa Melawati yg kini dah tutup. Sangat sedap.


Kawan Sherrina makan lamb chop. Gravy nye diberi semangkuk.


Jus oren dan jus tembikai, tanpa gula. Jus tembikai agak tawar tapi jus oren sedap.


Kalau nak ke restoran ini, carilah patung lembu ni. Trademark restoran Marche. Selepas selesai bayar di cashier baru pintu besi dibuka untuk benarkan kita keluar. Takut ada yang lari tak bayar pula. Hahahaha….

Uniknya ialah pekerja di restoran ini hampir kesemuanya orang melayu. Muda-muda dalam umur 20an-30an. Melihat cara kerja mereka, Sherrina agak mereka tu student kursus memasak lah. puas hati makan disini asalkan perut benar-benar lapar kerana portionnya besar. Harga sedikit mahal daripada restoran western biasa. Jadi nak pegi sekali-sekala untuk celebration istimewa, bestlah.

Lepas makan, bergegas ke Cineleisure untuk menonton Madagascar 2. Sabtu yang bagus sekali setelah penat bekerja selama 5 hari 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *