Terry Fox Run KL 2008

Setiap tahun larian amal Terry Fox ini diadakan di seluruh dunia dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi tujuan kajian kanser. Tahun lepas, Sherrina tak dapat pergi sebab outstation. Tapi tahun ini harapnya dapat le menyertainya.

Larian amal ini bukanlah untuk pertandingan tetapi bagi mengumpul dana untuk membantu saintis-saintis yang membuat kajian berkenaan kanser. Usaha ini dicetuskan oleh seorang pesakit kanser dari Kanada iaitu Terry Fox. Beliau menghidap penyakit kanser tulang sehinga menyebabkan kakinya dipotong dan beliau terpaksa menggunakan kaki palsu. Beliau bertindak melakukan larian marathon untuk mengumpul dana bagi kajian kanser. Setelah berlari sejauh 5373km, beliau terpaksa berhenti kerana kanser telah menyerang kawasan jantungnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1981 di usia 22 tahun.

Usahanya tidak terhenti begitu sahaja. Ianya diteruskan sehingga ke hari ini dan pada tahun ini, acara larian ini akan dijalankan untuk kali ke 18 di Kuala Lumpur.

Maklumat program Terry Fox Run KL 2008 adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 November 2008
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Tasik Perdana, KL
Yuran: PERCUMA. Tiada yuran. Tetapi anda boleh menderma dengan membeli t-shirt larian Terry Fox yang sold out dengan pantas sekali. Harganya RM25.

Saiz:

Children – Size 2 (12 in) , Size 4 (14 in) , Size 3XS (16in), Size 2XS (17 in), Size XS (18 in)

Adult – Size S (19 in), Size M (20in), Size L (21 in), Size XL (22 in), Size 2XL (23 in), Size 3XL (24in)

Lokasi Membeli T-Shirt:

1) Ms Chan Siew Wan / Ms Lee Siew Bee at the Canadian High Commission, 17th Floor, Menara Tan & Tan, Jln Tun Razak (6th October onwards)

2) Ms Yoon / Mr Peter Kang at the Cancer Research Initiatives Foundation (CARIF), 2nd Floor, Outpatient Centre, Subang Jaya Medical Centre (6th October onwards)

3) Ms Tila at the Foyer, Ground Floor, Menara Citibank, Jalan Ampang (12.00 to 2.00pm, 20th October until 24th October)

4) At the Lake Garden on Run Day (2nd November 2008)

5) T-Shirt booth set up at 1-Utama (New Wing) community corner on 25 & 26 Oct 2008.

Jarak Larian:

  • Dewasa: 5km
  • Keluarga: 3.5km

Anda Dibenarkan:

  • Berjalan, berlari, melompat dan sebagainya (asalkan tak merbahaya)
  • Berbasikal, rollerblading, rollerskating (seeloknya lengkap dgn helmet)
  • Kerusi roda, bertongkat
  • Keluarga yang ada anak kecil digalakkan guna stroller

Maklumat lanjut, layari website ini.

Jom ramai-ramai menyertai acara ini sambil membantu kajian kanser. Bagi kaki fotografi, elok bawak juga kamera kerana boleh berjalan sambil ambil gambar. Untuk lihat gambar bagi acara 2007, sila klik sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *