Training in Intekma Resort, Shah Alam

Training kali ini di Shah Alam, satu lokasi yang tak le jauh sangat dari rumah Sherrina tapi belum tentu setahun sekali pun Sherrina jejak kaki ke sini. Sebabnya takde kawan atau sedara dok di sana dan keduanya kerana selalu sesat bila ke sana. Walaupun banyak signboard dan roundabout, tidak begitu membantu. Barangkali dah sampai seru nak kahwin beli GPS kot.

Training kali ni subjek asas MS Office 2007. Kali pertama buat Sherrina untuk mengajar versi ni. Sebetulnya nervous juga sebab walaupun dah install versi ni di laptop begitu lama, tak penah guna. Sebab terlalu selesa guna versi 2003. Tapi kali ni keperluan mengajar versi 2007 dah tiba, sehari sebelum mengajar kene le godek dan study apa yang patut. Tapi sebagai pengguna tegar versi 2003, peralihan ke versi 2007 tak membawa banyak masalah. Cuma nak kene selalu belek ribbon-ribbon yang ada. Supaya familiar dan hafal dimana lokasi tool-tool yang diperlukan.

Sherrina check-in di Intekma Resort jam 3 petang. Saja datang awal supaya tak lekat di traffic jem petang ketika orang balik dari kerja. Sebenarnya sesat juga nak sampai ke Intekma tu walaupun dah diberi guide oleh Sien. Silapnya semasa di roundabout UiTM tu, Sherrina ke arah kanan (pukul 3 dari MacD) walhal sepatutnya kene pusing lagi sebab ianya di laluan lain. Tapi lepas berpusing2, jumpa juga lah. Lapor diri di kaunter dan ambil kunci, terus ke apartment yang disediakan. Ianya apartment 2 bilik untuk Sherrina dan teman.


Ruang tamu.


My room. Since tido sorang, katil sebelah tu jadi tempat letak luggage lah.


Malam gi kuar ke 7-11 terdekat, beli barang dan makan char kuey tiow di satu restoran. Sedap giler!


My students, classroom agak kecil. Nasib baik student tak ramai.


Group presentation. Siap ada hadiah untuk 3 kumpulan terbaik.


Makanan disini bagus juga, walaupun resort ni apartmentnya agak usang.


Majlis penutup kursus


Bergambar kenangan bersama semua peserta

Selepas check-out last Thursday, sampai di rumah jam 4 petang. Pengalaman yang sangat menyeronokkan sebab pesertanya semua sporting-sporting 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *