Marahkan Nyamuk, Kelambu Dibakar

Alahai, apalah malang nasib den hari ni. Sepuluh tahun memandu kereta, tak penah2 masuk longkang. Ini hari takde hujan, takde ribut. Takde kete lain pun kat area tu, dlm longkang jugak nak dipeginya. Alahaiiii…..

Ini gara-gara memandu dengan stress le gamaknya. Maunya Sherrina tak stress. Peperiksaan akhir tahun yg dijadualkan hujung bulan Oktober, ditunda lebih awal sebanyak 10 hari. Banyak tuu! Mana nak habiskan silibus, mana nak preparekan student nak exam. Nasib baik student saya yg di sekolah tu cuma seorang aje. Tapi perubahan mendadak ni mengacau jadual Sherrina juga sebab hari exam tu jatuh pada hari Sherrina kene outstation. Kacau…Kacau!! Apa yang dikejarkan dek sekolah, tak tau lah. Dah le masa mengajar tadi student asik jeling2 kat tv sebab ada citer Kabir Kursi Kabir Igam tu, lagi le aku stress!

Lepas kelas, memandu ke Ampang Point area sebab nak amik cheque kat kak intan utk kegunaan program hujung minggu ni. Nak jadi cerita, tu lah gatal kan. Elok dah parking depan umah guard, nak pi pusing u-turn. Sombong lak tu taknak pasang lampu. Yelah, setahun keje area tu rasa dah hafal kedudukan semua longkang. Sekali pusing baik punya……prakkkk! Alamak..mampus. Tekan2 minyak nak reverse, tak jalan. Rasa nak pitam. Masa ni lah baru teringat kenapa le tak amik AAM tu awal2 lagi. Huwaaa!

Kak Intan pun sampai, cuba2 nak angkat tapi berat nak mampus. Mujur ada sorang mamat Korea ni baik hati nak tolong. Kat setengah jam lah dia pikir dan cuba mcm2 cara. Last2 dia mintak menatang hidraulik tu dan naikkan body kete, aku reverse laju2. Lega gila! Sambil cakap terima kasih, aku nak hulur le duit kat dia. Tapi dia mati2 tamau. Good Samaritan. Moga bahagia lah hidup dia. Thanks to kak Intan juga, mesti sakit bahu malam ni.

Sakit2 bahu hah menolak kereta. Dah le esok nak ke PD, ingat nak drive sendiri. Jadi malang pulakkkk…..apalah nasib. Barang tak packing, kepala lak pening. Sok nak kene lari ke bank di Selayang cashkan cheque, pastu ke rumah client repair CPU dia yg rosak. Adoiii….adoiiilaaahh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *