Hari Raya Pertama

Apa yang berlaku di hari raya pertama tahun 2008 ini dan bagaimana suasana beraya di KL? Pagi raya selepas bersembahyang raya, duduk di rumah makan makanan rutin hari raya iaitu rendang, nasi impit, kuah kacang, lemang dan kuih-muih. Bila dah kenyang, berehat menonton televisyen kemudia tertido. Petang bersiap2 untuk ke rumah pakcik di Gombak. Selepas makan kari kambing yg enak bersama ketupat dan kuah kacang serta spaghetti meatball yang lazat, rehat sambil menonton tv dan berbual-bual. Catching up the latest gossip with cousins.

Selepas Isya’ kami akan beramai-ramai menuju ke rumah makcik di Taman Bunga Raya dimana semua orang akan berkumpul disana. Semua adik-beradik emak saya berjaya berkumpul sama tahun ini. Menu yang dinanti ialah nasi dan kari ayam. Time ni lah baru jumpa nasi.


My cousin Tina, my bro Aizad and my cousin Ikhwan

Selepas puas makan dan minum, semua mengadap tv. Yang muda2 lah. Yang tua2 akan bersembang sesama sendiri. Team lelaki dengan isu politik manakala team wanita dengan isu-isu kenaikkan harga makanan dan berapa jenis kuih yang dibeli tahun ini. Tahun ni plak cerita di tv hampeh2 belaka. Takde mood betul. Budak2 kecil pula dah restless dan mula membuat bising sebab bosan. Ini takbleh jadi.

Zaman kami kecik2 dulu mana ada mengadap tv di malam hari raya pertama. Malam ini biasanya diisi dengan bermain bunga api dan mercun. Tapi generasi baru ni tak merasa apa yg kami rasa dahulu. Kebetulan plak adik Sherrina ada beli sebungkus-dua mercun kecik2. Tidak plak dibeli banyak2. Dan another cousin, Osama pun bawak seplastik bunga api yg dah masuk angin. Bolehlah hidup lagi tapi nyawa2 ikan le. Jadiklah. Kami usung semua budak2 kecik turun ke bawah. Jalanraya lengang menjadi gelanggang kami. 2 years ago kami bantai mercun roket besar disini berdas-das (thanks to sponsor kami, abg Fauza). Main sampai bocor le tong sampah dibuat tapak pelancaran roket.


Karnain dan Aizad membuat percubaan membakar mercun lebah


Cucuh bunga api pun takut-takut. Ishhh, kurang pengalaman lah budak2 sekarang ni. Dulu kita bakar bunga api sambil gigit je kat gigi….kehkehkeh


Jangan risau, tiada jari yang cedera dlm proses ini. Efek kamera aje.


Tak hebat mana pun, boleh lah buat budak2 riang melihatnya. Kecik je mercun ni.


Generasi baru yg ketandusan bunga api & mercun: Alif, Maisarah dan Hidayah

Lepas puas main, jenuh pula nak hambat semua naik semula ke rumah. Memang seronok le dapat duduk di luar lari-lari main bunga api. Apakan daya, kawasan yg kecil tak mengizinkan. Sayang sekali mereka tak experience apa yg kami rasa dulu2 di rumah Gombak (tu kene story time lain).


Sebelum balik salam-salam dulu sambil salam berisi duit raya. Dah bosa pun dapek duit ghayo lagi!

Begitulah sambutan hari raya pertama di KL bagi kami. Nanti story lak camne kami beraya di hari kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *