It’s Raya Time!

Hey’s it hari raya day. Kejap je kan Ramadhan datang dan pergi. Dah raya. Dan dah pun petang raya. As for me yg beraya di KL ni, nothing much to hype about. Just the usual annual activity. Cooking rendang, nasi impit, kuah kacang, kemas rumah dll. Tahun ni banyak berjimat. Lemang pun beli sebatang je (yg kecik pun soploh hengget tau!) dan ketupat tak beli sebab dijangka mahal juga so pilih nasi impit je lah. Janji leh cicah ngan kuah kacang.

Kalau soploh tahun lepas kad raya akan disumbat2 dlm peti surat oleh posmen (jeles lah tu kan aku dapat byk kad raya, ko cuma ngantokan aje) tapi dijangka juga tahun ni posmen akan lebih relax. Dapat sekeping-dua je kad raya dan selebihnya sms raya mula berpusu-pusu memasuki inbox handphone mulai semalam. Actually ada yg dah mula menghantar mulai 3 hari yg lalu tapi jarang2. Ramai yg lebih gemar menunggu saat2 akhir, lebih2 lagi right after takbir raya pertama berkumandang di tv selepas Isya’. Sampai terpaksa silent handphone sebelum tido sbb takmau terkejut dengar kucing mengiau-ngiau di awal pagi yg hening (ya, ringtone saya bunyi kucing). Bila bangun, amik kau. 12 sms menunggu!

Sehinggalah ke pagi ini, ada kat 50-100 sms raya kot. Lebih kurang sama je bunyinya, masing2 pun forward aje drpd penerima. Cuma tukar nama pengirim di akhir sms. Ada jugak yg pakai selamba hantar terlupa tuka nama pengirim (Aishah lah tuu…wakakakaka!!!) Begitu juga dengan pantun2, byk juga yg di recycle drpd sms2 raya tahun sudah. Cuma tahun ini lebih menonjolkan 3 haiwan dlm sms2 pantun raya. Kura-kura, anak kerbau dan anak rimau. Sorry ya haiwan2 lain, maybe giliran korang tahun depan lahh.

Dan juga menjadi trend sms-sms raya untuk menyenaraikan keseluruhan isi rumah pengirim itu, lagi2 yang baru kawin dan baru menimang cahayamata. Usually trend ini dilihat diamalkan oleh pengirim dlm usia 2oan – lewat 30an. Pengirim2 above dan below range ini takde plak guna teknik ini. Samada terlalu awal ataupun dah terlalu ramai untuk diisi dlm sms. Bagusnya melalui ini ialah kita tau lah kawan kita yg dah 2 tahun x hubungi tu anaknya dah 2 orang, bekas bos kita yang dah takde khabar berita tu rupanya anaknya dah masuk lima, ataupun kawan sekuliah dulu yg kita hadiri majlis perkahwinannya rasa2 ingat nama isterinya lain, apsal dlm sms ni lain pula nama isterinya? Haiii….macam2.

Tapi dlm banyak2 sms, ada satu ni yg betul2 membuatkan saya gelak besar sehingga berair mata. Samada gurauan mahupun perlian, lu pikirlah sendiri. Ni saya dpt drpd kawan saya punya adik yg kini bekerja di Kuantan dan beraya di Kuantan.

Barokah Ramadhan dirindui,
Kemeriahan Syawal dirai,
Salam Ramadhan dari kami,
Saya dan Suami.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
eh?! Bujang lagi lahh…hehehehe

Maaf zahir dan batin!

Kehkehkehkeh….alamak, nak bersiap gi beraya. Chow!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *