Buka Puasa di Felda Villa

Rezeki di hujung2 Ramadhan. Berbuka puasa di D’Saji Felda Villa. Asalnya patut di Dewan Perdana tapi full house pulak. So Felda Villa lokasi terdekat yg available. Patutlah available, RM55++ seorang. Puas cari di Google dimana le lokasinya restoran ni. Rupanya letak di belakang Dewan Perdana. Kalau masuk ke Dewan Perdana, restoran ni terletak di hujung parking lot nya. Jika dari Jalan Gurney pula, ia terletak sebelah Pejabat Pos Jalan Gurney, sebelah Jabatan Ukur dan Pemetaan.


Pintu masuk. Konsep entrance yg menarik dan elegan.


Pondok surau lelaki dan perempuan


Steambot pun ada. Cuma konsep kurang menarik. Hanya 2 periuk merebus disediakan menyebabkan barisan beratur menunggu sorang2 merebus haiwan laut yang mengambil masa agak lama. Kawan Sherrina sampai kene rebus dua kali sebab rebusan kali pertama hanya separuh masak. Agaknya sebab tu kebanyakkan hotel tak buat steambot utk buka puasa. Unless dapat sediakan equipment bagi setiap meja.


Ikan bakar pun ada. Tak sempat nak rasa, dah habis. Tak banyak pun yang dibakar.


Indoor buffet menghidangkan lauk-pauk dan manisan


First time jumpa mende ni di buffet Ramadhan. Konsep yg menarik tapi yang menyampahnya mende yang nak dicolek dengan coklat ni lak habis. Last2 amik je buah tembikai salut dgn coklat. Rasanya, tak sedap. Boring betul, buffet mahal2 tapi bahan makanannya sedikit.


Hanya berselera amik sate dan popia basah. Kedua-duanya biasa aje. Boleh jumpa di pasar ramadhan punya taste. Takleh lawan sate di Corus Hotel lah.


Air yang disediakan ialah air kelapa, teh tarik, kordial nenas dan amik sekali jeli. Kenapa susah sgt pengusaha2 buffet Ramadhan ni sediakan mug untuk minum teh tarik? Sampai melecur jari membawa gelas teh tarik ni ke meja. Kenapa takleh contohi kebijaksanaan Corus Hotel yang menyediakan mug khas untuk teh tarik?


Kambing bakar pun ada tapi liat. Istimewa yang menjadi rebutan ramai disini ialah burung puyuh goreng. Tapi Sherrina tak amik sebab queue yang panjang disamping tak penah puyuh goreng.


Meja kami yang tak semeriah seperti biasa. Sebab pilihan makanannya yang tak menarik disamping kuantiti yang sedikit. Banyak juga mende yang tak dapat rasa.

Kesimpulannya, buka puasa di Felda Villa ni tak berbaloi lah dengan yuran yang dikenakan. Patutlah Dewan Perdana sold out awal2 lagi. Sebab disana yurannya lebih murah dan pilihan makanan lebih banyak.

Esok buka puasa di luar yang last, di De Palma Hotel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *