Buka Puasa di Corus Hotel

Semalam sekali lagi berpeluang berbuka puasa di luar secara percuma. Kali ni di Corus Hotel pula. Jam 3.30 petang ke Tesco Ampang dulu untuk beli sedikit barang keperluan rumah. Jumpa Is untuk ambik barang2 yg dihadiahkan oleh Jabatan Taman Laut masa mengendalikan kursus disana beberapa bulan yang lepas. Terserempak pula dengan Pani, technician IT sebuah syarikat dimana kami bekerjasama beberapa kali.


Sementara menunggu hujan reda, ternampak kaunter bayaran zakat. Elok bayar cepat-cepat sebelum lupa. RM5.20 nilai untuk tahun ni.


Sampai di Corus jam 6.20 petang. Lepak2 di lobi menunggu tetamu lain. Kemudian kami ke meja dan mulalah acara usha-usha makanan yg ada. Kambing panggang ni dah mcm trademark buffet buka puasa lak. Mana-mana pegi mesti ada.


Bagi yang vegetarian tak usah risau sebab ada corner khas untuk vegetarian. Confirm aku tak sentuh…prftttt….mahal2 bayo makan sayur je, rugiii


Kebab pun ada. Tak sodap.


Juice corner. Bukan cordial, tapi fresh fruit juice. Minum sakan le.


Macam-macam manisan ada


Rasa a little bit of this and that. Manisan disini kureng lah.


Mushroon soup pun ada (sedap, cicah dgn roti) dan sup tomyam


Nasi beriyani, sotong. beef, udang


Before selesai, pekena slurpee orange. Sodap….brain freeze sekejap.

Suasana makan di Corus ni damai dan menenangkan. Maybe sebab tak ramai orang kot. Cuma ada 2 company aje, Petronas dan company yg sponsor buka puasa office member Sherrina ni. So takde le nak risau makanan habis ke, dessert licin ke. Aiyakkk…lupa amik gambo aiskrim yg enak bangat dan satay ayam dan daging yg sedp giler. Serius, kalau korang berpeluang buka puasa disini, makan le satay. Memang sedap sbb lembut dan rempah yg diguna utk perap tu amat sedap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *