Buka Puasa di Kelab Darul Ehsan

Sabtu 13 Sept berpeluang berbuka puasa di Kelab Darul Ehsan di Ampang Jaya. Makan free sebab join member nye officemate yg berbuka di sana. Kali pertama dan terakhir makan di KDE masa form 3 kot (member CBN blanje) masa buat projek Geografi di kawasan sana. Lama tuuu…


ikan koi yang kebuluran di kolam KDE. Asal nampak orang pandang aje, nganga mulut


Banyak giler dan besar-besar plak tu ikan koi disini


Kol 6.45 gi usha-usha sambil amik gambo dulu. Ni ruangan dessert.


Kebab pun ada. Org kata sedap tapi bila rasa, kureng. Sebab kering kot.


Satay corner


Satay ayam dan satay daging


Kambing panggang pun ada


Kambing, hot dogs dan lidah (last year lidah ni dorang gantung2, tapi tahun ni tak pulak)


Kumpulan muzik ghazal pun ada.


Nasi putih, telur jepun, daging rendang minang, gulai ayam dan udang masak sambal


Satay ayam, nasi impit, hot dog dan lamb

Kali ni dah terer dah skill makan buffet buka puasa. Kene amik sikit tapi try semua jenis. Little bit of everything. Yang paling best disini ialah teh tarik dan lamb. Dessert tu yg jenis jeli sedap juga. Sambil jalan-jalan cari makan ternampak ex-students (nak tegur tapi sampai nak balik x ingat nama) dan Dato’ Khalid Yunus (dok cari juga anaknya tapi tak dtg dgn family).

Kol 8.30pm beredar pulang dengan hati yang senang dan perut yang kenyang. Alhamdulillah..

1 Comment


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *