Program Derma Darah Pra-Ramadhan 2008

Program derma darah Pra-Ramadhan 2008 anjuran ANSARA dengan kerjasama Aeon dan Utusan Malaysia sebagai media rasmi berjalan dengan jayanya. 29 lokasi menderma darah diseluruh negara dan kebanyakkannya di kompleks Jusco. Ianya dikendalikan oleh cawangan-cawangan Ansara di seluruh negara.

Ansara Terendak terpilih untuk organize derma darah di Jusco Metro Prima, Kepong. Bermula 29 Ogos 2008-31 Ogos 2008. Sherrina bertugas pada 29 Ogos 2008. Tugas kami ialah membantu Pusat Darah Negara mengendalikan kaunter pendaftaran penderma selain mengedarkan risalah kepada orang ramai. Hari pertama mencatatkan pengumpulan 55 pint manakala hari kedua pula sebanyak 93 pint. Masih menunggu keputusan hari ketiga.


Booth derma darah


Zhafri memberi penerangan kepada orang ramai


Zhafri membantu aunty ni yg mahu menderma darah


Istimewa daripada Jusco


Mulan yg happy sebab dapat menderma darah

Selesai sudah program-program Ansara Terendak sebelum puasa. Bulan puasa ni rehatlah sket sebab cuma ada projek buka puasa aje dan lepas raya nanti kalau takde aral melintang pukang, majlis hari raya pula. Terima kasih kepada semua penderma darah dan juga kepada sukarelawan-sukarelawan Ansara Terendak dan bukan Ansara Terendak yang membantu program ini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *