Kak Long Paradise Island Cafe

Hari ni hujan turun dengan lebat disebelah petang. Plan asalnya nak pegi swimming terpaksa ditangguhkan. So kami gantikan dengan acara Jalan-Jalan Cari Makan. Pikir punya pikir, teringat restoran yg abg Mantoi penah story. Cuba redah ajelah. Ianya di Gombak tak jauh dari UIA. Betul2 berdepan dengan Sekolah Integrasi Gombak.


Restoran ni konsep pondok-pondok dimana ada meja panjang dan duduk bersila. Siap ada ubat nyamuk lagi. Ala-ala kampung gitu


Alya buat posing ala-ala model


Makanan dah sampai. Maybe sebab orang tak ramai, tak sampai 20 minit dah siap air dan makanan. Tak sangka air disini pakai gelas tinggi. Jenuh nak habiskan sebab order 2 jenis air. huhu…


Sayur asparagus


Ayam goreng dengan cashew nuts


Tomyam campur yang enak bangat. Pekat dan kaww


Udang celup tepung. Rasa tepung ni mcm tepung KFC lak


Ni yg paling special. Ikan siakap masak Portugis. Yang sebenarnya masak dengan pes asam pedas tapi dibuat pekat. Fuhhh…terangkat, beb. Sherrina yang kurang gemar asam pedas pun leh menjilat jari makan lauk ni.


Suasana dari luar

Kesimpulannya makan disini memang best sebab suasana tenang dan santai je. Cuma tang makan kene bersila/bersimpuh tu yang prob sket (utk org mcm Sherrina lah). Tapi lama-lama okeh lah. So highly recommend lah anda cuba makanan di restoran ni.

1 Comment


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *