Alpha Angle, Mustika dan Pha-Pha Garden

Hari yang penuh dengan aktiviti. Pagi ni terbangun awal lah pulak. Yelah, malam tadi dok khusyuk layan ebook Dear John, hasil tulisan Nicholas Sparks. Pagi ni terbangun awal sebab tak sabar nak habiskan buku tu. Huhu….sangat best dan menyentuh perasaan. As usual, hasil penulisan Nicholas Sparks memang tak menghampakan.

Kol 12.30 lepas siap2, gi singgah umah abg Johoe jap yg cuma selang beberapa buah umah je dari umah Sherrina. Bincang bout post mortem dan few stuff regarding Ansara Terendak nye aktiviti. Family kak Aidrina pun ada disitu. Then kol 1.30 kitorang gerak ke Alpha Angle. Lunch di Egg House.


Ada free skating untuk kids. Satu jam percuma dengan resit RM30 dari mana-mana kedai dlm Alpha Angle


Ramai yang jatuh tergolek dari yang skate. Agaknya sebab zaman ni rollerblading ni tak famous. Time Sherrina dulu, rollerblading ni popular. Almost every kids leh main mende ni (except me haha….bukan senang nak balance atas 4 biji roda yang disusun sederet)


Alya yang happy sangat dapat naik kuda. RM3 sekali ride. Kalau bukak business camni pun kencang gak. Memanjang ada je budak2 naik mende ni.

Lepas selesai, balik ke umah kak Aidrina. Tido jap. Malamnya gi skolah untuk program Mustika.


Kelas tak penuh sebab musim cuti sekolah


Shimi dan group study beliau.


Izzati (SPM2006) adalah student TESL di Institut Perguruan. It’s a good experience for her, since in few years time dia akan jadi guru pun.


Qaisy yang sanggup turun naik LRT nak join program ni. Respect, bro.


Kak Aidrina pun turut membantu coaching one to one dengan pelajar yang lemah


Sebelum habis kelas, kasi Qaisy peluang buat kuiz sifir dengan students. Seronok dorang.


Lepas kelas, kami ke restoran Pha Pha Garden di Taman Melawati


Sherrina order Lamb Chop. Harga cuma RM12. Patutpun murah. Sekeping je lamb nya. Sos tak sedap tapi surprisingly coleslaw tu sangat sedap.


Izzati order fries, share ramai-ramai


Shimi makan mushroom chicken chop. Sedap sungguh gamaknya sampai pakai tangan :p


Abg Johoe yg kebetulan ada meeting dengan team Derma Darah singgah sembang-sembang jap.

p/s: kalau terer cuba korang jawab soalan math ni. Takleh guna Theorem Phantagoras, tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *