Movie Review: Wall-E

Petang semalam Sherrina berpeluang menonton filem animasi Wall-E terbitan Pixar dan Disney. As usual, hasil ciptaan Pixar tidak menghampakan. Sherrina tonton di MBO Ampang. As usual no matter berapa ramai orang pun berpusu disana, tiket pasti ada. Seat pun cantik.

Opening Wall-E ni sangat melucukan. Ada kartun pendek dipaparkan. Untuk warm-up kot. Kemudian baru filem Wall-E ditayangkan. Susunan lagu di awal cerita ni mengharukan. Yelah, Wall-E ni tinggal sebiji je di bumi nak membersihkan seantero planet Bumi. Robot2 lain dah bertahun mati. Kawan pun takde, hanya seekor lipas aje (pandai Pixar buat lipas comel). Kemudian yang seronok bila Wall-E jumpa dan main-main dengan sampah-sarap yang ada.

Bila sebuah kapal angkasa mendarat membawa sebuah robot putih yang comel, Wall-E jatuh cinta. Jenuh juga dia nak tackle robot putih tu yg namanya Eva. Pelbagai adegan menarik antara kedua-dua buah robot hingga membawa Wall-E ke angkasa lepas dan ke kapal angkasa dimana Eva datang.

Dari mula hingga ke akhir, memang tak jemu menonton cerita ni. Banyak pengajaran dan faedah. Antaranya ialah menjaga alam sekitar dan sayangi bumi kita ni. Bumi ni sebiji ni ajelah yang ada. Kalau dah tercemar mcm dlm citer Wall-E, terpaksa le berkampung dalam kapal angkasa.

Apa pun filem ini memang sangat best dan akan menyentuh pelbagai perasaan anda sepanjang menontonnya. Sedih, gembira, terkejut, terharu, bangga, geram dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *