Program Mustika Ansara Terendak

Antara program bagi biro pendidikan Ansara Terendak yang sedang berlangsung ialah Program Mustika iaitu program bimbingan UPSR secara percuma untuk pelajar kurang berkemampuan dan daripada kelas belakang. Sekolah yang terpilih ialah Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2. Kelas diadakan setiap Selasa, Rabu dan Khamis sehingga hujung bulan ini. Tenaga pengajar adalah dari kalangan Terendakian yang sudi menyertai secara sukarela


Antara tutor yang hadir malam ini. Bukan sahaja Terendakian malah 2 orang staff daripada ofis lama kak Julie pun turut join sama.


Shimi memerhatikan pelajar memeriksa jawapan


Kak Julie yang sudi meluangkan masa walaupun sibuk dengan kerja baru. Pengalaman beliau mengajar di kolej dan universiti sangat berguna untuk program ini


Kucing yang sentiasa join kelas Mustika walaupun hanya untuk tidur sahaja.

Program ini masih memerlukan khidmat sukarelawan samada Terendakian mahupun tidak. Jika berminat, sila hubungi saya dengan meninggalkan mesej di ruangan Comment.

Bersama membantu anak bangsa kita 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *