Lawatan ke Terengganu dan Kelantan-part 4

Ahad pagi, check-out jam 8 pagi. Sarapan di hotel. Riuh rendah hotel sebab pagi itu ada majlis yang akan dihadiri oleh Sultan Kelantan. Bas bergerak ke Pasar Siti Khadijah jam 9 pagi. Kami diberi masa 2 jam untuk berjalan di pasar. Takde beli apa sangat. Cuma baju kelawar dan kacang poi untuk ayah Sherrina(org kelantan sebut ‘kace poh’).


ada pertunjukkan budak bermain ular di depan pasar


Seawal jam 9 pagi pun dah banyak kedai yang dibuka


Macam-macam kain ada. I guess kalau Sherrina keje opis mcm org gomen, maybe I need a lot of baju kurung but then buat training, ada 5 set baju kurung pun cukup dah. So far takde lagi training yg lebih dari 5 hari. Jimat duit saya…ngeh ngeh ngeh…


Rambang mata tatau nak pilih apa, tukang jual asyik meracun aje


The best part of this place ialah tempat jual sayur ni. Rasa best je amik gambar disini sebab pelbagai variasi warna.


Nasib baik bawak Lumix FZ3, leh shoot zoom selamba dari tingkat atas


Gigih makcik-makcik ni berniaga. Tgk aje lah berapa urat gelang emas di tangan….uishhh


Gerai menjual barang runcit yang kering


Inilah ‘kace poh’ yang susah dicari dan bermusim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *