Lawatan ke Terengganu dan Kelantan-part 2

Selesai round di Pasar Payang, ada ahli rombongan yang teringin nak naik bot ke Seberang Takir. Masa Sherrina naik di tahun 2000, tambangnya cuma 30 sen. Tahun ni sudah naik satu ringgit. Minyak sudah naik rega daaa…..


Jeti ke Seberang Takir


Seronok dapat naik bot


Susah nak jumpa orang di kampung ni nak tanya jalan


Kilang buat keropok lekor


Kawasan kilang-kilang keropok lekor


Tak beli pun di Seberang Takir sebab reganya agak mahal. Balik semula ke Pasar Payang baru memborong. Dulu bila beli disini, family Sherrina mesti beli ngan sorang brader yg kakinya tempang. Tapi kali ni cari dah takde dah. So beli lah ngan mana2 gerai yang ada. Selain tu beli juga kacang gajus dan pistachios sebab disini agak murah.


Lepas habis di Pasar Payang, rombongan bergerak ke Losong. Sesi memborong keropok lagi. Kali ni ada gerai yang jual keropok dah siap goreng. Apalagi, kenduri keropok lekor lah. Makan disitu ramai-ramai.


Tak sabo menunggu tokey kedai masak, staff Mindef sendiri turun padang goreng keropok lekor. Dah buat macam kedai sendiri daaa…


Happy dapat makan keropok. Sedap juga.

Selesai di Losong, rombongan bergerak melawat Masjid Kristal.


Memang lawa le Masjid Kristal ni. Siap ada taman tema yang ada replika masjid2 di dunia tapi kene bayo RM10 utk dewasa sekali masuk. Oleh kerana kesuntukkan masa, kami tak masuk le. Just gi tengok Masjid Kristal. Tapi bila menengok masjid ni, terasa membazir aje. Sedangkan ramai lagi orang miskin kat Terengganu ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *