Lawatan ke Terengganu dan Kelantan-part 1

Jumaat lepas, Sherrina berpeluang join program lawatan ala rombongan Cik Kiah ke Terengganu dan Kelantan. Trip ni organized by a department in Mindef. Kawan Sherrina yg keje Mindef tu ajak join sebab nak cukupkan korum. Belek2 schedule, takde masalah. So join. Yuran cuma RM80 je termasuk pengangkutan dan hotel 1 malam. Murah sangat le.

Jumaat jam 10pm kami berkumpul di entrance Mindef. Agak ralat juga sebab cuma sempat tgk pembukaan Olimpik tu sekejap je. Tapi takpelah, nanti download le dari internet. Bas bergerak dalam jam 10.30pm gitu. Bas tu selesa. Dan since bas tak penuh, so agak lapang juga lah. Sherrina cuma layan Nintendo DS dan mp3 aje sepanjang perjalanan dan tertido. Mujur bawa sweater, sejuk bangat.

Sampai di Masjid Terapung Terengganu jam 6.00pagi. Banyak bas berhenti disini membawa rombongan2 dari pelbagai negeri. Ada tu rombongan bas sekolah, kesian nengok budak2 skolah tu. Gigih menarik beg ke bilik mandi utk mandi dan menukar ke pakaian sekolah. Gosok gigi dan basuh muka, naik semula ke bas. Malas nak mandi sebab crowded sangat. Destinasi pertama, Pasar Payang di Kuala Terengganu. Nak beli keropok keping dan kain batik.

Mula-mula, naik ke tingkat 1 untuk sarapan. Teringat dulu masa rombongan UTMKL ke sini, sherrina makan nasi lemak yang manis. Tapi hari ni tak jumpa pula. Duduk di satu gerai, order teh tarik dan buka satu bungkusan nasi. Macam nasi lemak tapi ada sayur dan ikan masin. Tak tau le apa namanya, makan ajelah. Sedap juga. Kemudian ambik kuih pulut panggang, tak berapa gemar sebab intinya ikan.


Macam-macam keropok ada


Suasana Pasar Payang di awal pagi lepas hujan


Bangga melihat begitu ramai usahawan bumiputera khususnya wanita


Sesi memilih kain. Rambang mata. Banyak corak batik sempena peraturan gomen kene pakai baju batik gamaknya.


Pilih…pilihhhh….

3 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *