Restoran Sabak

Semalam penuh dengan aktiviti. Mula-mula, gi kenduri kahwin abg Zammel (Ex-Terendak SPM87) di Cheras.

Selepas kenduri di Cheras, balik rumah dan tukar baju. Cuaca panas betul. Tido sekejap. Kol 5.30 keluar amik member. Ingat nak gi hospital tgk kawan tapi tak jadi. Jalan-jalan di Alpha Angle tengok pameran perniagaan berasaskan agro.


Panjang queue kat gerai Negeri Sembilan ni. Join gak…nak tgk apa yg best


Aiseh…cendawan goreng daa…sedappp. Pastu beli tropical fruit blended drink….perghh..best. Tapi yg tak best, makanan2 masa pameran mcm ni payah nak cari di pasaran. Mcm di hypermarket ke supermarket ke.

Lepas lepak di Alpha Angle, Sherrina dan member gerak ke Restoran Sabak di tepi MRR2 Taman Melati. Punya payah nak cari parking, maklumlah Sabtu malam minggu. Bila masuk restoran, nasib baik dah reserve. Full house rupanya.


Buffet steamboat+BBQ disini berharga RM28++ seorang dewasa


Banyak juga pilihan seafood disini. Cuma sotong basah je takde. Siput dan lala pun ada beberapa jenis. Yang penting, segar.


Acara masak-masak pun bermula. Untuk rebus, kami pilih kuah tomyam. Sedap. Sebab ada baca kat blog pasal kuah sup kat sini tak best..hehehe


Antara yg join malam tu ialah me, Wana, Awin, Radzi and baby Humaira, Azril dan Nadia


Azril dan Nadia…sakan makan udang. Dalam pening2 lalat tu, melantak tak ingat jugak (tahniah Apek, dah pregnant 2 bulan)


Dah puas makan steambot dan BBQ, makan aiskrim pulak. Bestttt


Sebelum balik, Radzi beria-ia suh aku amikkan gambar dia ngan kete Ferrari ni. Kantoi lah bro, tangan pegang sapu tangan baby dan beg baby…hahahahahaha

Makan kat restoran ni memang best lah. Puas hati. Cuma kalau nak datang ramai2 di malam minggu, elok lah reserve dulu. Call je Restoran Sabak di 03-4108 5070 atau 4108 5060 atau 012-2174 752 (Din) atau Sabak Barbeque & Steamboat, No 49G & LG, Jalan Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *