Jubli Perak MRSM Terendak – Ahad

Ahad pagi kununnya kene berkumpul di padang maktab jam 8.30am…hampeh. Camne nak bukak mata kalau sampai resort pun dah kat kol 3 pagi. Memang tahap cipan nye ngantuk tapi bila mengenangkan acara pagi ni tak kurang hebatnya, digagahkan juga. Shimi dah brape kali call tanye nape alumni tak sampai-sampai walhal student maktab dah berkumpul. Memandangkan memang lambat le alumni nak tiba, Sherrina suh je Shimi start acara sukaneka tu dengan student maktab. Kasi dorang happy sket lah dapat main games. Setelah jenuh mengejutkan si Abijan (kene call 2 kali, last2 call betul2 depan bilik dia…call pakai henpon, ok!), baru le dapat masukkan barang dalam kete dUpload Imageia (sbb balik KL tumpang Abijan). Kene check-out immediately takut x sempat nak balik packing2 pulak.

Zaitie dan Daren tak join sebab masing2 dah balik dulu. Zaitie ada photo shoot dan Daren lak kene outstation ke Terengganu. So naik kete abg Adi ke maktab. Sampai disana, acara sukaneka dah pun bermula. Masing-masing dah kuyup pun….


Shimi memberikan penerangan kepada adik-adik


Acara telematch diadakan di court basketball. Game2 yang diadakan melibatkan water balloon. Seronok bebeno adik-adik tu dapat main air Tak cukup air paip, air lopak pun diamiknya..ishhh

Sambil acara sukaneka diadakan, alumni merebut peluang bertarung dengan team volleyball MRSM Terendak….first round, menang mudah (kata dorg le) and second round kalah mudah dgn alasan nak cepat2 lawan tarik tali….

Lepas habis acara volleyball ialah acara yg dinantikan. Pertandingan tarik tali Ansara Terendak vs MRSM Terendak. Macam biasa, first round memang menang mudah.

Masuk round kedua, sekali team rugby maktab turun daa….belum citer lagi brape ramai yg tukang menarik tali. Melebihi kuota yang dibenarkan. Minyak nyawa dibuatnya…hahahaha

Kemudian ada plak girls daripada ansara usulkan supaya dibuat pertandingan tarik tali perempuan. Mulanya Sherrina rasa takde sapa nak main, sekali bila announce…ramai daaaa….


Aku jugak kene jadi anchor. Kak Intan memberi alasan dia pakai skirt…cehh..Kamarul yg tolong ikatkan tapi. Depan aku, kak Jerry (SPM87)


First round, kami pun menang mudah.


Masuk round 2, sekali budak rugby maktab pun tolong dorang, boys pun tolong dorang. Budak boys alumni mana leh tengok aje, tolong tarik sama gak. Tapi tak terlawan le. Dorang lagi ramai…huahuahua…

Habis acara tarik tali maka berakhir le acara sukan di sebelah pagi. Kami makan tengahari di anjung dekat Pernama tu. Perghh…teringat dulu2 bila outing gi Pernama. Dah best dah tuu….boleh beli macam2 grub.

Lepas lunch, kami menonton perlawanan futsal Ansara Terendak vs MRSM Terendak


ni court futsal yang maktab baru terima. Hadiah sempena pencapaian PMR tahun 2006. Tapi keadaan menyedihkan lah. Boleh banjir lak dalam court tu….


YB Zali main sakan sampai tergolek dog

Tatau le brape score dan sapa menang sebab tak tunggu sampai habis. Yang pasti satu gol dijaringkan oleh abg Lan, pemain import dari Ansara Muar. Abg Lan ni husband kak Aidrina. Lepas futsal, kami ke padang untuk menonton pertandingan ragbi Ansara Terendak vs MRSM Terendak


Video Futsal 1


Video Futsal 2


Wahh..kami dapat tiket ‘grand stand’ lahhh


Jersey biru, pasukan Ansara Terendak. Jersey hitam merah pasukan MRSM Terendak


Buat pertama kalinya dalam sejarah, Ansara Terendak menang dalam perlawanan menentang team MRSM Terendak. Sedang elok je sebab tgh menyambut Jubli Perak pun. Abg Ijam, ex-national rugby player pun turun padang. Fuhh…dasyat!

Lepas habis acara di ragbi, kami mula bergerak meninggalkan maktab. Sempat singgah di simpang Terendak untuk beli Roti John yang terkenal itu.


Roti John ni dah ada disini semenjak tahun 1983 lagi (sebab pioneer pun slalu makan ni masa dorg study dulu) and kebetulan pula anak tokey ni juga Terendakian. SPM 94.

Lepas selesai urusan Roti John, kami bergerak menuju ke Umbai untuk makan malam. Apalagi….seafood lahhh! Delegasi kereta Abijan, kereta Malyoi dan kereta abg Adi berkonvoi ke Umbai. Di tengah jalan, kami berhenti sekejap sebab ada segerombolan lagi nak join iaitu kereta abg Zizi Top dan kak Ana, abg Jazer dan abg Zammel serta abg Zul Udang sekeluarga. Perghhh…meriah dan happening.

Macam-macam makanan laut ada….

Sampai KL kol 12 tengah malam. Penat tak hingat punya. Seminggu selepas Jubli, baru recover. Sepanjang minggu lepas Jubli, kol 3 petang je mata automatik nak lelap. Nasib baik keje sendiri, boleh adjust2 time keje.

Tapi apa pun puas hati le dengan Jubli Perak kali ni. Yang best tu dapat bergaul dengan pelbagai batch, takde dah rasa senior-junior. Hormat tetap ada. Lepas ni, Ansara Terendak pula nak kene digerakkan. Macam-macam aktiviti dah dirancang. Apa pun…horreyyy….Jubli Perak berjaya!!

Kalau nak tengok gambar dan citer lagi detail, apa lagi…layari forum rasmi Ansara Terendak lah. Sampai down le server tu kat seminggu lepas Jubli. Kene serbu dek Terendakian. Caiyokk!

p/s: Yg paling best dapat sms2 daripada cikgu mengucapkan tahniah kerana berjaya menganjurkan Jubli Perak dengan baik 😀

pp/s: Habis gak laporan Jubli ni. Kat 2 minggu mencari waktu nak menulis nih…


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *