Jubli Perak MRSM Terendak – Sabtu Pagi

Sabtu pagi ingatkan tak bangun lah. Tido pun kol 4.30. Tapi boleh kol 7 mata dah buntang. Memikirkan baju AJK lom sampai. Mandi dulu, dah siap pakai kemeja lain. Tiba2 ada org jerit baju dah sampai. Yahoo….harap2 muat le. Lepas gosok dan pakai, boleh le. Lepas le kat badan cuma lengan tu ketat. Saje je kan nak sabotaj aku tak kasi aku sinsing lengan time lunch di maktab.

Aku dan Zaitie gerak dari Ismah kol 8.20. Masuk ikut pintu belakang sebab ada pas. Sampai di maktab dah nampak kemeriahan. Kami ditunjuk jalan ke padang untuk parking. Terserempak dengan kak Intansue dan masa tu barulah tanya mamat yg datang ngan dia tu husband ke (muda semacam je) rupanya adik sedara. Huahuahua…ingatkan Intansue kawin ngan org muda. Kehkehkeh..jangan mare kak Intansue 🙂


Cantik plak design baju AJK ni lepas dijahit.

Sampai je di Balai Pelajar, terus jumpa Cikgu Zuraidah utk ambil majalah Jubli Perak yang hendak diedarkan kepada org2 yg dah order. Mintak mahap le pada sapa2 yg tak order, buku ni sangat panas dan meletopss. Sapa tak order, tak dapek den nak nolong. Saya cuma order 100 copies je, tu pun sanggap nak jual. Masa hari Jubli bila masing2 tgk buku tu sendiri, dah berebut pulakkkk….

Sherrina jaga kaunter merchandise bersama dengan kaunter pendaftaran Jubli dan pendaftaran Ansara di court volleyball. Tetamu yg hadir mesti tinggalkan kereta di Masjid Syuhada dan menaiki bas yang disediakan kerana parking dalam maktab limited. So, setiap kali bas menurunkan penumpang, gerai kami akan diserbu. T-shirt yg telah diorder dituntut, ramai yg order bila tgh member tayang t-shirt baru, jualan sticker kereta, keychain dan order buku Jubli. Ada juga yang datang utk bayar yuran dinner disaat-saat akhir. Mujur kami tambah 2 meja petang semalam sbb dah budget ramai yg akan muncul last minute.


Meja pendaftaran Ansara dan jualan cenderahati


Meja bayaran keahlian Ansara


Bila nampak je bas datang bersama gerombolan alumni, ada yg akan jerit, “standby..standby….depa dah mai dahh..” Happening giler!


Gerai pendaftaran meriah dan mendapat sambutan yang hangat

Kami turut dibantu oleh adik-adik maktab yang sporting dan ringan tulang. Kol 11, semua AJK dipanggil turun utk mengambil gambar dihadapan monumen. Masa sampai tu, rupanya perasmian monumen belum dijalankan. Sempat le menonton peristiwa bersejarah itu. Team Aturcara memang planning bagus betul. Siap dengan balloon, confetti dan pelajar2 yang dikumpul beramai-ramai di sekeliling tingkat 1 dan 2 semasa perasmian dijalankan. Lepas je monumen dirasmikan, tepukan gemuruh daripada sekitar. Dan AJK-AJK yang ada mengucapkan syabas sesama sendiri kerana acara pagi telah berjalan dengan begitu baik. Khabarnya, montaj perasmian juga mendapat tepukan gemuruh. Kene tunggu video siap lah baru leh tonton apa yg berlaku.


Asap keluar lebih awal drpd sepatutnya Ingatkan special effect rupanya baru tau yg ketika tu mmg ada berlaku short circuit! Mak aihh…patutlah berasap ….semasa perasmian Buku Jubli Perak dimana perasmi kene ketuk bongkah ais dan mengeluarkan buku tersebut.


Tarian Zapin terpaksa dibuat diluar dewan gara-gara tirai pentas tak dapat diturunkan sepenuhnya dan tersangkut. Tapi best lak buat disini, lagi happening.


Semasa perasmian dijalankan. Memang happening habis!


Eh…mana aku? Nape takde dalam gambar tu?? Huwaa….

Habis je perasmian, semua tetamu dijemput ke khemah utk makan tengahari. Sherrina kene balik semua ke khemah urusetia sebab tugas belum selesai. Kol 12, kami isytiharkan tutup kedai sebab bus shuttle membawa masuk alumni dah selesai. Kemas2 dan minta adik2 hantarkan barang ke bilik gerakan guru. Settlekan payment majalah dengan cikgu Wan dan check2 kalau ada majalah extra. Baru bawa adik2 tu makan ke bawah khemah (before that dorang nak gi makan tapi dihalang sbb bukan tetamu) rupanya meja kerusi sudah dilipat. Suh dorang tapau, sherrina pun tapau. Peeja kata makanannya sedap bangat. Balik ke resort baru dapat makan.

Rehat di resort. Lepas makan nasi bungkus, ada senior baik hati belanja aiskrim plak. Ada penjual aiskrim datang bawa motor. Thanks, abg Azuar. Banyak jugak aiskrim yg dibelanjanya. Then lepak tgk abg Arafaat ajar Zaitie naik motor besar pastu masuk bilik, sempat lelap kejap. Sebelum bergerak ke MITC jam 3.30 petang untuk acara makan malam.

Gambar-gambar tak banyak sbb menyerahkan tugas kepada photographer professional dan videographer professional. Tak sabo tunggu hasilnya 🙂

p/s: gambar2 diatas diambil dari blog kak Intansue 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *