8 hari je lagi nak Jubli Perak!!!

11 Jun:
Saya dan kak Aidrina ke kilang percetakkan buku jubli (edisi Ansara Terendak) untuk mengambil bahan yg dah disusun utk kerja2 proofreading. Oleh kerana dah berapa kali kami ke kilang ni dlm masa 2 minggu, pak guard yg menjaga kilang tu pun dtg pada kami dan bertanya adakah kami pekerja baru di kilang ini. Huwaaa…kami dah dichop pekerja kilang percetakkan! Dengan tersenyum kambing saya jawab, tidak….ada projek disini. buck2

Selesai di Kepong, kami ke kedai percetakkan Hidayah di Jalan Ipoh untuk urusan percetakkan buku Yassin bagi majlis tahlil pada 20 Jun.

Setelah membuat pilihan dan perbincangan, kami beredar pulang. Sangkut di Jalan Pahang. Saya pula cuak sebab suhu kereta saya meningkat lain dari biasa. Terpaksa memilih utk lari semula je Titiwangsa dan mengambil highway Akleh.

Malamnya kami berkampung di rumah kak Aidrina lagi. Saya, kak Shireen, abg Mantoi, abg Azmi dan Mulan utk kerja2 update data dan proof read. Abg Zizi Top dtg juga utk perbincangan perniagaan dgn suami kak Aidrina.

12 Jun:

Akhirnya kereta saya give up. Terpaksa saya heretnya ke bengkel utk diperiksa. Rupanya saluran air sudah keras dan pecah. Aduhh…disaat minyak naik ni, kene pula tukar alat ganti. Tiada pilihan, terpaksa lah. Melangutlah di bengkel dari 12tghari ke 2pm. Kol 2 saya tinggalkan bengkel dan menaiki teksi ke LRT Setiawangsa. Kak Aidrina menunggu disana kerana kami dah janji ngan Cikgu Zalilah nak gi HQ Mara.

Dah lama juga tak naik LRT. Dah rasa mcm naik bas mini 20. Bergegar2 dindingnya. Sampai di Jamek (nyaris terlepas sbb mcm zombi akibat mengantuk) bertukar naik Star ke Sogo. Sempat pula usha sales di Sogo tu tapi apakan daya, tugas menanti di Mara HQ lagi penting (takpe, sok leh usha jap…hehe). Ambil pas dan naik ke tingkat 4. Cikgu Zalilah di Bahagian Pengurusan Sumber. Kami dibawa ke bilik audio video. Ternganga sebentar. Equipment yg digunakan dasat2, tak pernah saya lihat. Puan Kamariah yg bertugas disitu melihat montaj yg dihasilkan oleh team montaj dan memuji hasil kerja tersebut. Beliau dgn murah hati memberikan logo Mara utk kegunaan montaj.

Kami ke ruang pejabat. Saya download gambar2 lama MRSM Terendak yg Cikgu Zalilah dah scan. Kak Aidrina sempat berjumpa dgn seorang cikgu di tingkat yg sama (Cikgu Hamidah ke?). Cikgu Tajuddin pula turun utk ambil gambar di studio (ada studio sendiri, dasat) utk dimuatkan dlm majalah. Saya minta Cikgu Tajuddin dan Cikgu Zalilah memberikan maklumat guru2 yg masih tak dpt dikesan dan saya diberikan info guru2 yg kini berada di Mara HQ.

Setelah selesai di tingkat 4, Cikgu Tajuddin menghantar kami ke pejabat En. Rashid. Sementara menunggu, saya ke tingkat2 lain utk menghantar jemputan kepada beberapa org guru yg kini bertugas disitu. Saya juga dimaklumkan yg Cikgu Roslena Karim kini ditahan di wad di Hospital Serdang kerana denggi. Cikgu Siti Aminah pula berada di Berlin, Jerman manakalah Cikgu Nasir kini bercuti menyambung pelajaran di UKM (baru dpt no hp beliau).

Setengah jam juga kami melepak di pejabat En. Rashid. Beliau bermurah hati membantu kami trace beberapa org guru yg tak dpt dikesan (beliau di HR dept). Kak Aidrina sempat pula mengusik En. Rashid yg mempunyai PA yg cun grin

Singgah di pejabat Ansara tapi dah tutup. Lewat sangat kami tiba. Terpaksa le dtg lagi.

Sebelum pulang, kami singgah di kedai utk usha cenderahati bagi perasmi portal. Sampai di Setiawangsa (ngeri sungguh naik Putra di waktu puncak. Rasa mcm nak tercabut lantai LRT tu), naik teksi ke bengkel. Yayy..kereta dah siap dah huwaa..setengah ribu terbang. Singgah makan di NZ (kebuluq) dan balik. Terus tido sbb kaki mcm nak patah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *