Teater Muzikal P.Ramlee

Sabtu lepas Sherrina dan 3 orang kawan berpeluang menonton Teater Muzikal P.Ramlee di Istana Budaya. Ketika ia pertama kali dipentaskan, Sherrina tak dapat menonton sebab tiket sold out dengan sangat pantas. Maklumlah time tu Siti Nurhaliza juga memegang watak, memang sold out le. So kali ni walaupun takde lagi Siti Nurhaliza tapi cepat juga habis tiketnya. Minggu lepas Sherrina beli, dapat beli tiket yg terakhir. Harga RM33. Kali ini tiket RM33 diberikan di tingkat 3 dan seatnya…urghh…sempit ya amat (utk org yg besar mcm saya). Nasib baik le Sherrina duduk di tepi sekali. Boleh le pusing-pusing kaki. Dulu tiket RM33 dapat seat depan orkestra.

Overall persembahan bagus sekali. Musly Ramlee tu memang ada iras2 mcm Allahyarham P.Ramlee cuma tidaklah sama sejibik. Lakonan Liza Hanim sebagai Saloma memang hebat. Begitu juga dengan Atilia sebagai Junaidah (gedik yang amat) dan Melissa Saila sebagai Norizan. Sepanjang 3 jam persembahan, cukup berpuas hati. Cuma silap sikit tak check seating di tingkat berapa. Kalau tau nun jauh di tingkat 3, harus le Sherrina bawak teropong kecil. Ekspresi muka pelakon tak nampak dari jauh cuma dapat dirasai melalui dialog dan suasana aje. Susunan muziknya juga sangat bagus.

Lebih mengagumkan ialah teknologi yang digunakan. Pentas tiga tingkat yang bergerak, keretapi bergerak diatas pentas (walaupun ditolak dan ditarik oleh manusia) dan prop serta pakaian yang digunakan, cantik-cantik belaka. Lebih menarik ialah suasana 50an dan 60an yang dibawa ke pentas, cukup real. Dengan latar belakang pekan, poster-poster filem, artikel akhbar dan sebagainya.


Farhana, Mas, Wana and me


Sementara menunggu persembahan bermula


Lukisan yang dijual di ruang legar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *