Countdown Jubli Perak: 29 hari lagi

Semalam dari pagi ke petang, saya menghubungi setiap seorang bekas guru yang telah menerima jemputan ke dinner Jubli Perak untuk mendapatkan pengesahan kehadiran. Amat seronok sekali mendengar suara girang mereka bila saya menyebut yg maktab menyambut usia 25 tahun. Walaupun ramai antaranya tidak saya kenali tetapi semangat maktab itu yang memesrakan kami.

Hampir 50% menyatakan confirmation untuk hadir dan 30% lagi meminta tempoh untuk adjust schedule. Ternyata mereka memang menantikan sangat untuk hadir ke program ini.

Antara cikgu yang sudah confirm hadir ialah Cikgu Azizah (Sejarah) yang akan terbang dari Kota Kinabalu untuk berjumpa dengan anak-anak didiknya yang telah meninggalkan alam persekolahan….

Hari ini operasi menelefon guru akan saya teruskan lagi untuk menghubungi sebilangan guru-guru yang tak dapat saya bercakap terus hari semalam. Semoga lebih ramai bekas guru akan turun padang menyertai acara ini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *