Training in Teluk Batik-Part 3

Hari ketiga berjalan dengan lancar. Silibus sudah 90% selesai. Hubungan dengan peserta juga semakin mesra, seperti sudah kenal lama. Selepas selesai kelas petang (kelas malam dibatalkan kerana biasanya peserta dah tak larat nak belajar kelas malam, maka digantikan ke petang), Sherrina ke pool lagi untuk last round.

Acara malam lebih istimewa kerana Sherrina organize dinner special untuk peserta kursus iaitu Steamboat dan BBQ. Lebih istimewa kerana ada pula acara karaoke.


Makanan tersedia untuk dimasak


Seronoknya….macam main masak-masak ๐Ÿ™‚


Ketam ada, udang pun ada. Nak steamboat ada, BBQ pun ada.


Semua happy menunggu mee masak


sabar menunggu makanan siap….sedappp.


Sambil makan, sambil karaoke. Peserta kali ni ramai rupanya yang suka karaoke. Leh beratur tu nak nyanyi. Ini Bens, trainer kelas sebelah. Bila tengok si Bens ni diasak karaoke, Sherrina dah berderau dah. Start dah acara mengacah trainer suruh nyanyi. Tapi confident, kali ni sure lepas memberikan alasan seperti kursus-kursus sebelumnya.


Kantoi! Apabila penghulu kelas Sherrina sendiri announce request peserta supaya Sherrina pulak nyanyi, takleh nak lari. Semua dah bersorak tepuk2 tangan. Mati….mati….mana penah nyanyi karaoke depan orang ramai. Berpeluh giler. Dekat 20 minit membelek fail lagu. Mujur student Sherrina ni (bertudung biru) sudi memikul sama beban ni. Yang kelakonye, dia pun tak penah karaoke. Alamak…hantam sajalah. Jenuh juga nak cari lagu yang tak terlalu low dan tak terlalu high dan tal terlalu teruk nak tarik.


Last, kami pilih lagu Alleycats bertajuk Setahun Sudah Berlalu. Yang lucunya, dekat 15 minit tukang jaga CD mencari CD yang sebenar tapi tak jumpa. Hampir-hampir selamat takyah nyanyi, tiba-tiba lagu tu muncul pula di skrin. Hamtam sajalah….sumbang ka apa..nasiblah :p


Dah separuh jalan, rasa bestlah pulak. Ewahh! Hakikatnya, ketaq lutut Tuhan je yg tahu. Tangan pegang mic punyalah kuat. Punya hati-hati baca lirik walhal memang dah hafal pun. Huhu….kenangan takleh lupa lah.


Sempat lagi bergambar kenangan di tepi swimming pool.

Kursus habis esoknya pada jam 12 tengahari. Tak sempat nak buat proper closing sebab hotel kelam-kabut suh kitorang check-out. Hampeh betul. Sebab ramai peserta kursus lain nak check-in. Hangin je Sherrina. Apa pun, kursus kali ni memang best dan meninggalkan kenangan yang manis walaupun 4 hari tanpa internet dan signal phone ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *