Gadget: Review Olympus 795 SW

Seperti yang dijanjikan, saya akan ceritakan kenapa saya memilih Olympus 795 ini. Sherrina dah mula mengusha Olympus kerana ianya mempunyai ciri-ciri penggunaan untuk underwater. Semasa Sherrina ke Pulau Perhentian last year, gambar underwater yang diambil menggunakan disposable underwater camera sangat mengecewakan. Lantas Sherrina simpan niat nak beli underwater digicam. Akhirnya, selamat juga beli bulan lepas.

Semenjak menggunakan prosumer kamera Panasonic Lumix FZ3, memula beli memang le rajin gile usung ke sana ke mari. Tapi bila dah 4 tahun bersama FZ3, feel dah kurang. Kemalasan makin menebal. Alasan, bulky (confirm tak cecah tahap dSLR le mcm ni). Kene plak sejak ada Nokia E70, ada cameraphone. Lagi le malas nak bawa FZ3. Setelah berfikir-fikir, elok le ada satu Point & Shoot camera. Dan untuk menyedapkan hati, sambil menyelam minum air. Point & Shoot, small size, bigger megapixel dan bleh guna underwater.

So kenapa Olympus 795? Dah baca banyak, buat study lama giler. Asalnya nak angkat Olympus 770 SW tapi masa tu masih mahal…dlm RM1500 kot. So pendamlah dulu, kumpul duit. Pastu lupa, tup-tup keluar Olympus 790SW. Best..best. Tapi bila baca review, aiseh. Leh turun sampai 10ft je (+-3Meter). Alah…yg 770SW lagi leh turun 33ft, yg ni makin cetek plak. Hold dulu niat tu. Tak berapa lama, launch pula 795SW. Best…sebab leh turun 33ft. Cuma tang rega tu je yg..gulp. RM1500. So tunggu le. Last usha kat PC Fair pun turun sket je, RM1300. Tapi bila di Jcard Day tu offer sampai RM1119…tak bleh tahannn.

So kenapa yek saya pilih Olympus 795? Sebab:

  • Ia kamera digital kompak yang ringan, tahan lasak (leh tahan pressure 100kg-sesuai utk org yg reckless mcm saya)
  • Leh go underwater sampai 33 kaki dalamnya..wow!
  • Ada banyak preset setting yang saya takyah fikir2. Just pilih dan shoot. Ini termasuklah 3 setting untuk underwater
  • Membenarkan saya bermain dengan errr…amende ntah namanya (EV kot range -0.2 hingga +0.2, features yang slalu saya guna di Lumix FZ3)
  • Shockproof 1.5 meter…so kalau jatuh dr tempat tinggi (1.5m), tidaklah jerit separuh giler.
  • Ia ringan dan saya dapat pouch Golla percuma. So just masukkan digicam dlm pouch tu dan sangkut ke belt jeans. Yayy…tangan saya kosong takyah hold apa2 lagi. Meminimakan risiko tertinggal atau tercicir barang
  • video recording sgt best dan berkualiti
  • Sistem Menu yang cukup mudah dan menyeronokkan.
  • Setiap scene ada penerangan mengenainya. Memudahkan newbie.
  • Dapat byk freebies so extra best
  • Batterynya tahan lama

So itulah review daripada saya mengenai Olympus 795 SW. So far pueh hati. Cuma lom test masuk air je kamera ni (ada ke patut ada member Sherrina nak test rendam dalam air sirap masa kenduri kawin….cisss). Hopefully Ahad ni kalau gi outstation, saya leh test di swimming pool 🙂

Here’s a sample from my camera:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *