JCard Day

Habis aje kursus di Kelang, terus jemput member di Mindef. Singgah di rumah untuk hantar barang-barang kursus dan menuju je Alpha Angle Wangsa Maju. Ya, Jcard kembali lagi. Ianya satu hari khas untuk pemegang Jcard mengabihkan wang. Tahun-tahun yang lalu tak pedulikan sangat Jcard day ni sebab ribuan manusia sanggup berlaga bahu untuk membeli-belah dan merebut tawaran diskaun. Tapi tahun ini teruja nak pegi kerana nak beli luggage baru. Kalau bab beli luggage, time Jcard day lah paling sesuai.

Sampai disana jam 6 petang, melihat deretan kereta agak risau juga takut takde parking. Mujur tahun ini ada guard yang menjaga lalu lintas. Dapat naik ke atas dan parking elok dekat dengan eskelator (tamau dah parking dekat tangga, semput). Turun ke bawah dan terus usha luggage. Setelah buat pilihan, ke kaunter bayaran. Kaunter juga sangat banyak so kesesakkan dapat diatasi. Rupanya dengan setiap belian RM100 dapat baucer Jusco RM10 percuma. Bagus juga.

Ingat nak usha kasut tetapi yang nampak cuma kepala manusia aje. Tak jadilah…jalan ke ruang legar Alpha Angle, humang aihhh…macam pasar borong.

Cubalah juga mengasak ke dalam lautan manusia ini untuk membeli bantal feather yang saya dok cari-cari selama ini djual dengan harga RM70.


Jalan-jalan, ingat nak balik dah. Ternampak IT Fair kat depan East India. Ingat takde apa sangatlah sebab baru ajekan PC Fair. Usha le camera yang saya nak sangat beli tu. Dan saya sangat terkejut. Harga yang ditawarkan RM100 murah dari di PC Fair. Olympus 795 SW dengan extra battery (yippee!), mini tripod, voucher cetakan gambar, 2GB XD Card dan Golla pouch kesemuanya pada harga RM1119! Alamak, saya sangat teruja. Yang best tu, voucher Jusco boleh dituntut juga. Lepas kira2, wahh…12 keping voucher nih. RM120. Wahhh…irresistible offer.

Pikir punya pikir, dok di KFC tekan2 calculator di henpon, saya ke kaunter tersebut. Lepas tanya macam2 perkara (dah tau pun pasal kamera ni sbb dah usha lama tapi saje nak test pengetahuan penjual…hahaha), akhirnya saya setuju. Lepas buat pembayaran, bawa resit ke kaunter untuk ambil barangan…


Olympus 795 SW beserta dengan USB cable, manual, CD dan mcm2 lagi


Yayy…additional battery. Takyah risau lagi kalau habis bateri.


Golla pouch


Sangat suka hati…


Barisan panjang untuk redeem voucher.

Lepas ni boleh lah bawak digicam kesana kemari sebab bersaiz kecil kan. Oklah tu, asik layan kamera 3.2 megapixel aje, sekali ni layan 7.1 mp plak. Nanti Sherrina story dengan detail kenapa kamera ini jadi pilihan 😉


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *