ET: PC Fair di KLCC

ET kali ini ialah PC Fair di KLCC. Sherrina gi pada hari pertama iaitu hari Jumaat. Gi ngan cousin. Mula2 plan nak naik LRT tapi mengenangkan cousin Sherrina nak membeli printer, maka kami naik kereta.

Sampai di KLCC kol 2 gitu. Parking jenuh juga mencari tapi dapat akhirnya. Mula-mula, isi perut dulu. Nanti dah masuk PC Fair, lapor lak. Apalagi, Sherrina bawa cousin ke food court di Aseania. Disitu ada sizzling yang sedap sangat, the best yg Sherrina penah makan. Ianya pekat dan banyak lauk.


Sebelum


Selepas

Lepas makan, singgah Maxis center kejap sebab asik dapat sms kata registration tak lengkap. Lepas selesai, terus ke PC Fair. Ramainya manusia tapi masih leh berjalan lah. Sempat memborong katrij untuk printer. Beli yang compatible catridge aje. Kemudian usha bluetooth earpiece tapi model yang murah tak compatible plak dengan Nokia E70.

Then my cousin beli HP printer all in one, dapat le beberapa free stuff mcm USB fridge yg muat satu tin minuman, pen dan mcm2 lagi. Kemudian Sherrina beli mende2 kecil macam kain dan cecair pengelap LCD (dah cari lama tapi x jumpa2), MP3 Modulator yang leh cucuk USB tu (dulu rega seratus lebih, masa PC Fair dah turun sampai RM20 aje tapi silap tak amik yang RM25 siap ada remote). Nak cari USB charger for Nokia tapi takde. Kene gi Low Yatt agaknya.

Balik rumah kol 6 petang. Sangat gembira kerana dapat membeli catridge kerana printer sudah meraung minta diisi dengan catridge baru….huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *