Makan Time: Restoran Cheng Ho

Mula-mula dapat tau pasal restoran ni sebab baca dalam paper. Amy Search akan buka restoran berkonsepkan makanan cina Islam di Seksyen 5 Wangsa Maju. Fuhhh…restoran baru. Boleh cuba. Mula-mula dengar Amy Search buka kedai makan, dalam hati sceptical. Biasalah artis kalau buka restoran, kejap je dah bungkus. Susah nak bertahan. Kecuali restoran Rubiah Suparman yang dah buka beberapa cawangan tu. Saya budget makanan di kedai ini pun ala kadar ajelah, mungkin popular kejap sebab ia kepunyaan Amy Search.

Tengahari tadi lepas urusan pelbagai perkara, call my cousin ajak pi lunch. Pikir punya pikir, nak trylah Restoran Cheng Ho ni. Kol 12.30 pusing2 lah di Wangsa Link tu (shop houses baru belakang Carrefour Wangsa Maju. Tak susah nak cari, kedudukannya belakang Maybank. Row pertama, masuk dari pondok polis. Cuma parking lah azab sket. Standardlah Wangsa Maju ni kalau parking memang masak. Mujur ada petak kosong.

Restoran ni baru je dibuka. Banyak lagi renovation yg belum siap. Khabarnya staff disini didatangkan khas dari Sabah. Mereka ialah peminat2 Amy Search yang kebetulan tiada pekerjaan. So Amy bawa mereka ke mari dan beri kerja di restoran. Bagus, kan.

Melangkah masuk, terpegun dengan dekorasi. Not bad. Selesa dan lapang.

Tengok menu. Banyak juga pilihan. Banyak pilihan lauk. Harganya juga surprisingly berpatutan. Masa mula-mula masuk, budget harga mesti mahal ni. Rupanya tidak.


Kuey tiow ladna didalam kuah kungfu. Sedap sehh….menjilat sudu. Lauk pun banyak.

Nasi Goreng Ikan Masin dalam RM5 sepinggan, jenuh nak habiskan. Lauk punya banyak. Again surprisingly bagi sebuah restoran baru, mampu menghasilkan hidangan sebegini enak. Very tasty.


Jus tembikai pula RM3.50, one of the best juice yg penah saya rasa. Tak cukup segelas. Manisnya cukup, blendnya sampai hancur. Takde le serdak-serdak yang tersangkut di tekak

Puas hati le makan kat sini. Berbaloi. Nanti nak datang lagi untuk dinner. Tengok senarai lauk yang ada, kecur air liur. Worth it, try lah makan kat sini 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *