Pesta Buku Antarabangsa 2008

Hoorayy! My favourite event of the year is back. Apalagi kalau bukan Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Ia bermula sejak 4 April dan yupp…hari first day lagi dah pegi. Saja nak usha sambil tu leh budget. hehehehe…

Sherrina gi ngan Kak Aidrina dan 2 orang anaknya, Adlan dan Adli. Nak kata happening sangat, taklah jugak. Mungkin sebab first day kot. Before that, kitorang makan di The Mall dulu pastu jalan kaki ke PWTC. Masuk je entrance as usual lah, Grolier mesti ada. This time, Grolier tak le seteruk dulu. Mereka approach gitu2 aje. So does Linguaphone. Agaknya ramai org complaint kot.

Mula-mula, usha booth buku sekolah. Kali ni buku2 berkaitan sekolah macam kureng aje. Yang happening sket, Pelangi. Dulu Unik punyalah besar boothnye, sekarang kecil aje. Jual pulak stok-stok lama. Apa dah jadi?


Di booth Karangkraf, tema holiday tepi pantai lak dorang kali ni.


Di booth Creative, ada aktiviti melukis komik


Tgh bincang nak beli buku apa


Tgh jalan-jalan terjumpa booth Ameen Publishing. Berderet koleksi penulisan Faisal Tehrani terpapar diatas meja. Bangga juga sebab semuanya sudah Sherrina miliki. Tunggu Karbala dan Detektif Indigo kembali aje. Tengah usha-usha rupanya penulis ada disitu. Tapi tak beli pun lagi bukunya. Tunggu 12hb ni pelancaran buku Detektif Indigo kembali, baru beli dua-dua buku baru itu.


Apabila tiba di booth Sasbadi, ternampak set Lego Mindstorms NXT. Teringat kenangan lalu masa mengajar subjek robotik di Sekolah Seri Bestari. Masa tu belum guna set NXT. Masih guna set lama. Pun dah best sangat dah.


Adli yang teruja dengan set NXT yang ada.


Pilihan buku latihan kali ni kurang mengujakan. Harganya pun tak banyak beza.


Hujan turun dengan lebatnya. Pemandangan sungai Gombak ketika melintasi ke bangunan kedua untuk bahagian pameran seterusnya. Saja usha kot2 nampak mayat terapung…


Sampai di booth Perpustakaan Negara Malaysia, ada permainan kuiz. Jawab soalan berdasarkan klue yang diberi. Ia ada dalam buku dan internet yang disediakan.


“Adik peninglah, mana nak cari jawapan ni?”


Adlan khusyuk mencari jawapan.


Belajar cari maklumat di portal PNM


Pengunjung lain turut sama menyertai aktiviti di gerai PNM


Akhirnya, kak Aidrina sendiri pun kene paksa isi borang. Nak menang goodie bag punya pasal…


Sempat pula si Adli mengejar Bumble Bee ni. Kesian bee ni berpusing-pusing sebab ekornya ditarik oleh Adli.


Singgah di booth Perpustakaan KL utk register. Percuma sepanjang Pesta Buku.


Masa nak balik, ternampak lukisan di atas kain ini. Lukisan komik yang sangat panjang. Jenuh nak membacanya…..

Apa pun pesta kali ni oklah. Sherrina beli buku komik Lat iaitu Townboy. Dah lama nak beli semenjak baca Kampung Boy. Kemudian, beli beberapa buah buku latihan untuk kegunaan tuisyen. Beli majalah komputer yang dijual dengan harga RM5 (dari luar negara).

Oh ya, antara yang sangat menarik perhatian Sherrina di Pesta Buku kali ini ialah Mbook. Ianya barangkali ebook pertama di Malaysia yang menyediakan ebook dalam Bahasa Malaysia. Ia program yang dibangunkan oleh Metamobile. Akhirnya…ada juga ebook dalam BM. Kalau selama ni Sherrina hanya membaca novel-novel English di handphone, kini dah boleh dapatkan bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia pula utk bacaan di handphone. Cuma ia tak gunakan Mobipocket tetapi Java. Tapi lagi cool siap ada gambar dan muzik dalam certain pages!!

So kita boleh beli sebuah buku dengan harga RM 5 (reasonable lah since actual buku harga RM15) dan download menggunakan GPRS. Cool giler, boleh try download buku-buku percuma yang ada sebagai sample.

Lepas ni boleh le baca buku-buku PTS di handphone sahaja. Yahoo!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *