Book Review: Manikam Kalbu

Setelah berjaya mendapatkan buku baru (taklah baru pun, akhir 2007) karya Faisal Tehrani di Kinokuniya, terus Sherrina membacanya sepanjang waktu berkampung di Tg Malim. Buku yang Sherrina baru sahaja selesai membacanya bertajuk Manikam Kalbu.

Seperti buku-buku sebelumnya, penulisan FT ni memang memerlukan pembaca berfikir. Ia bukan karya yang disuap terus ke mulut pembaca tetapi ia menuntut pembaca supaya berfikir bersama mengenai apa yang cuba disampaikannya. Boleh dikatakan bacaan berat lah tapi idok le berat mana pun cuma kalau dah malas nak cerna, memang akan rasa berat lah. Karya ini juga sepertimana karya-karya sebelumnya, tidak mengecewakan. Kali ini Manikam Kalbu menyajikan kepada pembaca ilmu-ilmu berkaitan busana Melayu atau nama komersilnya fesyen-fesyen. Macam boleh dibayangkan betapa jenuhnya FT mencari dan menggali bahan-bahan mengenai sejarah fesyen busana Melayu dan fesyen-fesyen dari budaya-budaya lain di seluruh dunia. Disamping itu diselitkan juga aksi-aksi lucu oleh kucing madura ini. Terkekek-kekek le ketawa sambil membacanya 😀

Kisah ni melibatkan dua zaman. Satu di zaman kesultanan melayu Melaka, bagaimana sultan Melaka cuba memartabatkan busana Melayu yang sesuai dengan tuntutan Islam. Ia menceritakan bagaimana seorang hamba istana yang kemudiannya dimerdekakan mengembara ke negara-negara lain untuk mendalami ilmu jahitan dan pembuatan pakaian. Jurubusana istana bernama Manikam Kalbu ditemani seekor kucing manira yang berasal dari Madura, Indonesia. Yang menariknya, details mengenai sejarah kucing ini pun ada dan bukan direka-reka. Ada diceritakan di website ini. Faisal Tehrani tidak lah menggoreng sesedap rasa tanpa membuat kajian dahulu.

Dalam masa yang sama, diceritakan mengenai seorang remaja lelaki bernama Ziryab yang mendalami ilmu menjahit di sekolah teknik. Bagaimana dia belajar, suasana sekolah, masalah keluarga..diceritakan sama. Anehnya, kucing madura di zaman dulu pun ada disini (hah, yg ni kene baca sendiri lah kenapa kucing ni ada di dua zaman) dan dipanggil Manikam Kalbu.

Pendek kata, memang best lah buku ni. Boleh jumpa banyak nama-nama kain dan fesyen yang tak pernah didengari sekarang ini. Siap ada cara-cara membuat warna kain, cara menyulam dan banyak lagi. Sapa yang minat menjahit, sure suka lah baca citer ni. Sejarah ilmu jahit-menjahit, sulam-menyulam. Antara nama-nama unik yg ada spt kain kimkha dewangga, corak rantai keluang dan banyak lagi. Malah diterangkan juga mengapa destar dilipat 5. Pendek kata, membaca buku in bukan sahaja mengisi masa tetapi menambah ilmu juga.

Bagi yang nak mengetahui lebih lanjut, dapatkan lah buku ni di kedai atau di Ujanailmu. Oh ya, Pesta Buku nanti, Faisal Tehrani ada di PWTC melancarkan 3 buah bukunya yang baru (yayy!). Boleh ke sana untuk dapatkan buku-buku beliau yang lain.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *