Kluang Station

Hari semalam lepas abis ngajar di Pandan Mewah, terus melencong ke Ampang. Bestnya kawasan Pandan Mewah ni sebab ada exit ke Ampang yg dekat sangat. Dan ia sangat dekat dengan Carrefour Ampang. Since ia buka, Sherrina tak pernah pegi. So, singgah le. Besides perut minta diisi sebab tak sempat sarapan pagi.

Parking lengang. Yelah, hari kerja. Tapi kalau di Carrefour Wangsa Maju pun penuh gak row depan. Yg ni kosong je. So sangat senang nak parking. Jenguk ke dalam, nampak Kluang Station. Pekena kopi ngan toast bun, sedap nih. Pastu order sekali bubur nasi.


Dekat je Kluang ni, takyah gi sampai Johor nun


Kopi kaww…betul-betul kaww


Suasana yang tenang


Ini dia toast bun yang menjilat ke siku jari


Bubur ayam yang sangat mengenyangkan


Toast bun diisi hirisan mentega dan sapuan kaya…sedapp

Petang lepas office hour, jumpa member dan dinner di Cozy Great Eastern Mall pulak. Baca somewhere di forum extdk.net, ada org kata Yee Mee with Fresh Prawn sedap. Tu yg try kali ni.


Yee Mee with fresh water prawn..pueh hati, udangnya bosa-bosa


Kawan saya makan nasi goreng kampung kot…sedap juga


Datang sini tak sah kalau tak pekena Horlicks tarik

Lepas makan, dapat call kata kelas malam cancel. Aiseh, kalau tau awal-awal, leh dinner di KLCC terus. Takpelah, gerak je lah ke KLCC sebab malas nak balik awal-awal. Besides, dah lama x gi KLCC. Rupanya ada pameran kereta Formula One.


Ni motor apa eh? Beroda tiga pula tu.


Eh…best pulak. Mcm water ski aje.


Ni kalau layan kat sungai depan umah ni, best betul.


Masuk Kinokuniya saja-saja je. Wah, makin besar kedainya. Sudah renovate. Sudut buku tempatan pun makin besar. Dan yang sangat best, akhirnya dapat juga melengkapkan koleksi buku karya Faisal Tehrani. Selama ni asyik intai di MPH, takde saja. Kali ni terus rembat dua-dua. yayy…ada bahan bacaan utk isi masa lapang selama 5 hari mengajar kursus di Tanjung Malim nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *