Badminton Lagi

Dah jadi macam acara mingguan pulak. Setiap Isnin, tangan dah gatal je nak pegang reket badminton. Perghh, leh jadi ketagihan. Maklumlah, selama ni nak main takde geng. Skarang dah join kelab badminton Ansara Terendak, seronok sket. Kol 9 malam je, berkumpul kat KLRC Wangsa Maju. Amik 2 court, main gilir-gilir. Sempat le main 3-4 round. Bukan leh main banyak pun, semput dowhh…


Regu dengan Ruhan. Senior setahun. Yg kelakarnya, tatau pun dia wujud kat MRSM Terendak selama aku form 4 kat sana. Cuma start kenal masa main badminton ni hah. Sorilah bro, kalah lah. Reket gua bocor gamaknya…huhu…


Kak Aidrina dan anaknya, Adli. Ni nampak je kecik dua-dua, jenuh gak nak challenge


Pasukan yang berlagak terer. Akhirnya kalah juga…..huahuahua….


Ada pulak acara tambahan…acara makan-makan. Abg Huzairi dan Kak Su siap tapau samosa dan donut lagi tuu..haihhh…tak concentrate nak main badminton!

Patutlah kitorang kalah, ada sumber yang menganggu konsentrasi..cehhh (alasan :p )


Baby Aqil, anak abg Huzairi dan Kak Su. comel gilosh, kecik2 lagi dah ada lesung pipit!

Terendakians lain yang nak join, dialu-alukan. Every Monday, 9pm-11.30pm diikuti sesi ngeteh selepas itu untuk merapatkan hubungan silaturrahim 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *