Matta Fair 2008

Smalam berkesempatan ke PWTC untuk berpusu-pusu bersama ribuan manusia lain yang mencari-cari pakej holiday yg murah dan menarik. Gamaknya org2 KL ni mmg sangat2 memerlukan holiday yek…maklumlah dok di KL ni stress sokmo. Tapi aku yg kurang stress ni pe ke hal lak nak pi holiday? Dah le bila outstation training pun dah ala-ala holiday. Muahaha..saje je nak nyebuk. Sebenonye nak cari kupon2 hotel di KL tapi takde pulak. Nak usha pakej luar negeri, next year dah booking seat je Japan. So tgk2 le pakej yg murah2 below budget RM1000. Antara yang menarik hati ialah Bangkok.

Tapi Matta Fair kali ni hampeh lah. Dah tak serupa holiday fair. Lebih kepada credit card fair pulak. Pantang pusing kiri, agent CC approach. Pantang pusing kanan, agent CC approach. Siap ada booth TM Net pun ada. Apa kaitan ntah dengan perlancongan :p


Photo credit to Keeyit

Bila dikira-kira, rasanya semua jenama bank ada le membuka booth di Matta Fair. Semuanya bersesak-sesak nak mencari customer. Nak pikir pasal holiday pun dah terbantut. Yelah, banyak sangat godaan. Ada je yg hasut suh apply je nak gi holiday pun senang. Gores ajerrr. Iyolah tu, ujung bulan, poket aku yang tergores. Huh!

Dah le pening bersesak, menepis godaan agent CC pastu booth dah mcm rojak. Tak lagi mcm dulu. Kalau Europe, US…satu hall. Asia, satu hall dan local hall lain. Ini skarang, semua hall ada semua mende. Haihhhh….saje je nak suh aku berjalan tgk semua hall. Yang tak tahan tu, kat hall 1 ada persembahan kebudayaan. Ntah negara mana punye show ntah, dah ala-ala tiger show dah. Patut pun crowd tak bergerak, rupanya ada persembahan ‘panas’….perghhh!

Lepas abis pusing, last-last tak beli pun pakej apa-apa. Just usha je sambil cari idea nak gi holiday mana. Pakej Lang Tengah yg beli masa previous Matta Fair pun lom guna lagi. Maybe Bangkok lah, end of this year. Yeayy…jalan-jalan cari pasal….:p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *