Pasca pilihanraya

Selepas pilihanraya ke 12, tiada lagi kedengaran huhu haha yang gah seperti selalunya di tv dan radio. Biasa-biasa aje. Barangkali sebab BN menang pun idok le hebat sangat macam dulu-dulu. Kali ni kasi can lah Pak Lah urut dahi dan tak tido lagi sebab fenin memikirkan kenapa banyak sangat kalah kali ni. Dan yang lagi best, lebih banyak negeri kini terlepas dari BN. Nampak gaya pilihanraya ke-13 nanti bukan saja dorang kene pikir camne nak rampas Kelantan, bahkan juga Selangor, Perak, Penang dan Kedah juga. Jenuh juga nak memikir tu.

Dalam keadaan sekarang juga, rakyat mula melihat sejauh mana parti pembangkang bertiga tu boleh bekerjasama antara satu sama lain. Dah kedengaran khabar2 angin dan gossip2 panas mengenai parti2 ini. Adakah mereka akan berganding bahu sama2 mentadbir atau masa inilah bercekau nak berebut kuasa? Let’s see about it.

Antara yang menarik mengikut my point of view mengenai pilihanraya kali ini:

  • dulu punya banyak kete yang ngangkut pengundi ke pusat pembuangan undi. Biasanya kete BN lah. Sambil angkut sambil kempen. Tapi kali ni tadak dah. Why? Takde peruntukkan utk minyak ke?
  • BN di kawasan aku (Ulu Klang) takde plak nganto risalah ke apa ke rumah, tetapi PAS dan Adil sokmo nganto risalah. Adakah Ahmad Bujang, calon BN confident menang atau confident kalah (sbb tu tamau blanja cetak risalah hahaha)?
  • 24 jam sebelum mengundi baru le jalan-jalan di sekitar Lembah Keramat diturap semula. Tu pun sekerat jalan je. Menjelang keputusan diumumkan, sekerat yang tak diturap, dibiarkan begitu aje. Dah huduh jadinya, separuh itam dan separuh putih (tar lama).
  • Perang poster kali ini lebih menarik dengan statement2 yg seronok dibaca disepanjang perjalanan di sekitar KL.
  • Kali ni ada calon tertua dan unsangkarable, malah beliau juga ada blog. Hebat!
  • Akhirnya, Samy Vellu yang kebal itu tersungkur juga
  • Aku stay-up sampai kol 5 pagi menunggu result Selangor yang tak keluar-keluar
  • Bual Bicara pilihanraya di TV1 dan TV3 sangat menarik, perbincangan mereka juga sangat open dan berani especially lecturer Kelantan di TV1 tu.
  • Pak Lah nampak tertekan dengan keputusan kali ini sehinggakan wartawan tanya soalan pun dijawabnya acuh tak acuh
  • Dek kerana result BN merudum kali ni, sok paginya lepas result announce bila buka tv di waktu pagi, mcm takde apa-apa yang berlaku.. ehh pelik gak. Ingatkan lagu BN berkumandang di tv tanpa henti selama 3 jam dari pagi. Rupanya tidak…huhuhu

Whatever pun, aku sangat gembira kerana opposition berjaya menidakkan 2/3 di parlimen kali ini….mari kita lihat mereka boleh buat keje atau tidak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *