Meeting Jubli Perak di MRSM Terendak-part 3

Lepas selesai hal2 di maktab dan menjenguk chalet di pengkalan balak yang akan menjadi tempat kami menginap, kami pun bertolak balik ke KL. Kali ni yg tinggal cuma ahli Parlimen Gombak, Parlimen Shah Alam dan Hairil just ikut kami nak makan je sebab dia stay di Melaka coz ada keje.

Setelah puas memerah pikiran nak cari tempat best nak makan, tiba2 ada cadangan makan ikan bakar. Yearghhh…nama aje blaja di melaka bertahun tapi haram x penah gi makan ikan bakar yang femes tu. Maka 3 buah kereta pun mencari le jalan ke arah Umbai dengan bantuan penunjuk arah melalui phone call dari abg Suhaimi King. Perjalanan yang kununnya cuma 10km aje jauhnya dah melarat2 sampai berpuluh km. Barangkali kami salah dengo. Bukan 10 km jarak tapi 10kg. Hilang berat badan 10kg kalau menapak ke Umbai…huahuahua…

Lepas sesat mencari Umbai ntah camne kami tercampak di Serkam Pantai. Whateva lah janji ikan bakar. Tak sesia lah penat lelah mencari tempat, tak rugi. Sebab sedap dan murah.


Mencari jalan pulang ke pangkal jalan…huhu…sesat yang teramat


masing-masing dah kebulur tahap gaban, nasib le ikan2 tu masih mentah…kalau tak, sure kene baham. Kak Aidrina tgh sibuk memilih ikan yang nak dibakar sambil diperhatikan oleh Mulan, Kak Shireen dan Abijan.


huishhh…banyaknyerrr. macam-macam adaaa….janji duit kene ada.


Tak dan nak tunggu ikan, bedal nasi lemak dulu daa..lapo gilerrrr….


Abis licin segala ikan, sotong, udang…..nasib baik pinggan ada lagi


ni lah kedainya. Pueh hati le, tak sesia sesat setengah jam. Berbaloi. Servis bagus, laju dan bersih. Yg penting sodapppp…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *