Berjaya Times Square Hotel & Convention Center

2 minggu yang lepas, Sherrina berpeluang menginap di Berjaya Times Square Hotel. Berjaya Times Square Hotel adalah hotel berbintang 5 (agak diragui kesahihannya). Sherrina stay di superior room yang luas dan selesa.

Ruang tamu yang dipisahkan dari bilik tidur. Ada meja study dan bagusnya ada ironing board dan iron. Takyah leceh2 nak call housekeeping minta hantarkan.


TV dan Hi-Fi di ruang tamu, wooden sliding door memisahkannya dengan bilik tidur. Katil bersaiz king dengan bantal yang sangat empuk (tgh usha kat mana nak beli bantal yg hotel guna)


Bilik mandi pula diberikan dua pilihan samada tub atau shower room. Ada 3 jenis tuala disediakan iaitu tuala mandi, tuala muka dan tuala kecil.


Coffee corner disini amatlah kedekut (malu dgn hotel 3 bintang yg generous) dimana set kopi dan teh cukup2 untuk dua cawan aje.


TV yang disediakan juga agak mengecewakan. Hanya ada siaran tv biasa (itupun tv2, Ntv7 dan channel 9 takde suara, gambar je), Channel Four yang menyiarkan program2 yang membosankan, siaran Astro cuma ada 1,2 channel yang amat membosankan. Takde HBO ke AXN ke. Tang ni, BTS Hotel kalah dengan hotel 3 bintang yg mampu berikan mcm2 channel.


Pemandangan dari tingkat 21. Bangunan sebelah sana kalau tak silap ialah service apartment.


Swimming pool yang besar dan bersih sedalam 4 kaki sahaja.


Reception area yang bersaiz kecil dan terpaksa beratur panjang apabila ramai pelanggan hendak berurusan. Hotel yang berbintang-bintang ini hanya ada 2-3 orang petugas sahaja di kaunter. Pelik.

Aktiviti menarik takde apa sangat. Cuma agak seronok sebab hotel ini attach dengan shopping mall Berjaya Times Square. So bila boring boleh jalan2 di BTS untuk tengok wayang, main bowling, karaoke dan banyak lagi. Overall stay, biasa-biasa aje. Nampak sangat pekerja mereka melebihkan pelancong luar daripada orang tempatan. Ada banyak hotel 3,4 bintang lagi best dari yang mereka tawarkan disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *