Konsert Sheila Majid

Pengakuan ikhlas. Aku tak penah gi konsert seumur hidup kecuali konsert kat skolah masa Hari Guru. Aku tak penah gi konsert nyanyi secara live samada berbayar mahupun percuma. Apabila cousin aku offer 2 tiket free ke konsert Sheila Majid di KL Convention Centre, aku melompat gembira. Bukan sbb aku peminat fanatik Sheila Majid, tapi sbb aku x penah tgk camne konsert tu sebenarnya. Cehhh….

Aku ajak member temankan gi konsert. Since ini konsert amal, aku plak tatau apa dress code. Mcm tengok teater di Istana Budaya ke? Ishh…mujur abg TT pun akan gi gak konsert ni tapi dia tiket 2hb, so aku YM dia tanya pasal dress code. Katanya jgn pakai jeans. Aku pun ye ye lah gosok suar slack kan. Sekali gi sana cehh, ramai je pakai jean….huhu…almaklumlah, org x penah gi konsert :p

Aku and member gi makan dulu di A&W. Lapo woo…dah lama x pekena float dan Mozza burger. terkocoh-kocoh gak makan sebab nak kejar masuk dewan kol 8.30 kan. Lepas makan, terus gi KL Convention Centre, wooo….ramainya orang. Ni semua orang yg beli tiket utk jualan amal. Lepak kat luar jap, terus masuk. Kitorang nye seat atas skali, seat rega RM200. Sementara tunggu konsert start, tengok gelagat orang. Macam-macam pesen manusia. Kol 9 baru dorg announcent yg Tun Mahathir dan isteri datang. Tetamu kehormat. Kol 9.15 kot Sheila Majid keluar ke stage dan mulakan persembahan.

Banyak lagu-lagu yang dinyanyikan. Ada juga lagu yang aku tak penah dengar tapi orang2 belakang aku nyanyi aje semua lagu, peminat fanatik le tu. Tak kira lah berapa lagu dia nyanyi tapi banyak juga lah. Lagu2 dia yang fofular mcm Antara Anyer dan Jakarta, Gerimis Semalam, Pengemis Muda dan banyak lagi.

She claimed that dia dah 6-7 tahun tak wat konsert tapi aku tgk persembahannya mcm hari-hari buat konsert. Elok aje, suara pun bagus. Macam dengar dari CD. Maknanya persembahan live beliau memang sangat hebatlah. Taklah mcm artis yang dalam CD best giler, bila live hancus. Almaklumlah orang lama, Ratu Jazz pula tu.

Sheila Majid juga pandai berceloteh, buat lawak2. Antara artis yang hadir mcm Chef Wan, Anuar Zain, Noryn dan Dayang Nurfaezah. Yang kelakar masa nyanyi lagu Lagenda, background tu paparkan gambar-gambar perdana menteri Malaysia dari pertama sampai terkini. Bila sampai gambar Tun Mahathir, semua hadirin bertepuk bersorak punya kuat (yelah, dia pun ada dlm tu tgk konsert kan), Sheila Majid pusing belakang tengok gambar Tun. Dia pun senyum nyanyi lagi.

Pastu keluar lak gambar Pak Lah, org tepuk biasa2….pastu kuar gambo Pak Lah lagi…..dan gambar Pak Lah lagi. Penonton senyap je, Sheila Majid pun pusing belakang dan tgk gambo Pak Lah…patut pun senyap. Haha…kelakar tol. Kene lak time tu lagu agak slow aje, mcm Pak Lah yang suka tido lah….hahaha…

Konsert habis kol 11.30, selepas dua-tiga kali orang ramai bersorak one more…one more…aiyaa..ini macam punya one more, tak habis sampai pagi…kehkehkeh. Sheila Majid pun layan 2-3 lagu lagi pastu bow dan babai. Kitorang keluar cepat-cepat.

Sampai umah kol 12.30, huhu…..ngam2 sampai sama ngan my parent baru balik dgr ceramah Pas. selamat tinger aku…hahaha

Layan video rakaman konsert yang dirakam oleh abang TT….bestttt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *